TATACARA RINGKAS PENGURUSAN MAJLIS RASMI UNIVERSITI

1.   Permohonan ini tertakluk kepada permohonan dalaman dan yang hanya untuk majlis-majlis rasmi universiti sahaja.
     
2.   Permohonan hendaklah melalui surat dari Ketua FPJB kepada Pengarah Jabatan Pembangunan dan 
    Penyelenggaraan (JPP).
     
3.   Pemohon hendaklah mengisi UPNM.JPP.008 Borang Pinjaman Peralatan dan di tandatangani oleh kakitangan 
    UPNM sahaja.
     
4.   FPJB disarankan untuk memasukkan kos dobi dalam Kertas Kerja aktiviti / event / majlis rasmi yang dipohon.
     
5.   Surat permohonan beserta borang UPNM.JPP.008 Borang Pinjaman Peralatan hendaklah di hantar kepada JPP 
    selewat-lewatnya empat belas (14) hari bekerja sebelum tarikh aktiviti / event / majlis.
     
6.   Pemohon perlu membuat pertanyaan susulan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh aktiviti / event /
    majlis.
     
7.   Kelulusan berdasarkan kepada “availability” dan keutamaan diberi kepada permohonan yang lebih awal.
     
8.   Pemohon perlu hadir ke Stor Pusat bagi tujuan permohonan dan pengambilan peralatan setelah mendapat 
    kelulusan Pengarah JPP.
     
9.   Pemohon hendaklah membuat permohonan dan berurusan sendiri dengan pihak 
    Bahagian Kenderaan, Pejabat Pendaftar bagi tujuan penggunaan lori untuk pengambilan dan pemulangan
    peralatan.
     
10.   Pemohon diminta untuk bersama-sama / bekerjasama dalam urusan penyediaan peralatan aktiviti / event / 
    majlis rasmi tersebut. JPP tidak terikat untuk mengangkat dan menyusun peralatan yang dibekalkan.
     
11.   Peralatan hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya tiga (3) hari selepas aktiviti / event / majlis rasmi 
    selesai. Pemohon perlu membuat permohonan rasmi kepada Pengarah JPP jika ingin membuat pinjaman
    peralatan untuk tempoh tiga (3) hari dan ke atas.
     
12.   Pemohon perlu hadir ke Stor Pusat bagi tujuan pemulangan peralatan setelah aktiviti / event / majlis rasmi 
    selesai.
     
13.   Sebarang pertanyaan berkenaan Pengurusan Majlis Rasmi boleh menghubungi :
    Lt Kol (Bersara) Sharifuddin bin Shaharom sambungan 7622003
    Encik Sharizal bin Mansor sambungan 4573 dan Speed Dial **046
    Mejar (Bersara) Mohammad Sani bin Desa sambungan 4473
    Nurrul Taq'qua bin Mesekan Speed Dial **029
    Encik Amir Firdaus bin Supian Shaari sambungan 3415 dan Speed Dial **017