Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 October 2018 / 10 Safar 1440
Tetapan

PENGENALAN

CoMIHL adalah pusat terkini UPNM yang ditubuhkan untuk menjalankan penyelidikan, penyebaran dan kepatuhan dalam bidang Undang-undang Ketenteraan (IML) dan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (IHL) di kalangan bukan sahaja ahli akademik tetapi juga perancang operasi ketenteraan dan orang awam. Segmen sasaran bukan sahaja di Malaysia tetapi termasuk ASEAN serta rantau Asia Pasifik yang lebih besar.

CoMIHL pada dasarnya usahasama UPNM dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) yang berpusat di Geneva, Switzerland. Dengan penubuhan Pusat ini, latihan IHL dan penyebaran untuk Angkatan Tentera Malaysia selaras dengan Akta Konvensyen Geneva 1962, CoMIHL akan menjadi pusat kepada usahasama itu.

Di samping itu, CoMIHL akan menjadi tumpuan utama bagi akademik, penggubal dasar, dan perancang operasi (termasuk komander ketenteraan) serta pengamal undang-undang yang berminat untuk menjalankan latihan, penyelidikan serta aktiviti akademik dan penyebaran antarabangsa. Tambahan pula, siswazah UPNM, akan mendapat manfaat daripada CoMIHL, kerana Undang-undang Ketenteraan (IML) dan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (IHL) adalah subjek teras untuk semua kursus akademik yang dijalankan di universiti.

Pusat Wilayah Undang-Undang Tentera dan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (COMIHL)
Aras 1, Bangunan Jebat
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sg. Besi, 57000 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel: 603-9051 3400 Ext : 3495

Sila kunjungi halaman kami di http://comihl.upnm.edu.my

Tarikh Kemaskini: 26 September 2018