Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
19 August 2019 / 18 Zulhijjah 1440
Tetapan

PERANAN

Peranan utama Pusat Keselamatan Siber adalah seperti berikut:

1. Sebagai pusat rujukan dan kepakaran di UPNM kepada semua isu berkenaan keselamatan siber dan perlindungan ICT.

2. Menjalankan aktiviti pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan serta latihan berkaitan dengan trend, risiko, ancaman dan kawalan keselamatan siber.

3. Menggubal, mengeluar dan menentukan dasar, strategi dan operasi keselamatan siber untuk dilaksanakan dengan sempurna di UPNM khususnya yang dapat menyokong misi UPNM dan menjamin keselamatan organisasi, masyarakat dan negara menerusi keselamatan ruang siber.

4. Melakukan penganalisaan maklumat di ruang siber untuk tujuan keselamatan organisasi, masyarakat dan negara.

5. Menawarkan produk, perkhidmatan, perundingan dan pemindahan teknologi dalam bidang yang berkaitan dengan keselamatan ruang siber dan aplikasi.

6. Mempromosikan kesedaran dan pemahaman tentang keadaan keselamatan siber dan isu-su berkaitannya di kalangan staf dan pelajar UPNM.

7. Melahirkan tenaga kerja yang pakar dalam bidang keselamatan siber melalui program akademik, latihan, pensijilan dan kursus jangka pendek.


Tarikh Kemaskini: 12 Januari 2018