15 Ogos 2023 – YBhg Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM telah menerima kunjungan hormat Majlis Tertinggi KESUPNA yang terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari KESUPNA.

Kunjungan hormat ini telah diadakan di Bilik Bincang Pejabat Naib Canselor. Antara hasil pertemuan ini, YBhg. Naib Canselor telah memberikan pandangan agar diadakan program untuk setiap pelaksana sama ada berunsur latihan, majlis makan malam ataupun sukan.

Semoga hubungan yang baik antara majikan dan pekerja akan terus diperkukuhkan selaras dengan moto KESUPNA ‘PEKERJA BERSATU UNIVERSITI MAJU’.