9 Februari 2024 - Hari ini UPNM telah menerima lawatan daripada Thales Malaysia yang diketuai Franҫois-Xavier BOUTES, Pengarah Negara, Thales Malaysia Sdn Bhd. Lawatan ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama strategik antara UPNM dan Thales Malaysia khususnya dalam bidang keselamatan siber. Delegasi Thales Malaysia turut dibawa ke Makmal Keselamatan Siber, Pusat Keselamatan Siber dan Pusat Revolusi Industri Digital.