Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
24 August 2019 / 23 Zulhijjah 1440
Tetapan

FAQ

Soalan Lazim

1. Apa itu pengauditan?

Pengauditan merupakan suatu proses yang mana seseorang individu atau kumpulan yang kompeten, bebas membuat pemeriksaan, menganalisa dan membuat penilaian yang berterusan dan sistematik ke atas rekod, operasi dan pentadbiran sesuatu organisasi bagi menentukan samada mematuhi garis panduan, peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.

2. Mengapa pengauditan perlu dijalankan?

Pengauditan dijalankan bagi:

3. Apa itu kawalan dalaman?

Kawalan Dalaman adalah suatu proses dihasilkan dan dikuatkuasakan oleh pihak Lembaga Pengarah dan Pengurusan atau pihak berkenaan untuk mencapai sesuatu matlamat. Kawalan dalaman dirancang untuk mencapai objektif-objektif dalam satu atau lebih kategori yang bertindih. Ia dibentuk bagi tujuan berikut:

Sistem Kawalan dalaman yang baik dapat mengurangkan risiko dan melindungi kerugian. Ketiadaan satu sistem kawalan yang kukuh, boleh menyebabkan kesilapan dan kesalahan berlaku tanpa dikesan. Kawalan yang diwujudkan boleh menjadi penghalang kepada ketidakkesempurnaan tumpuan kepada tugasan. Sistem kawalan yang baik perlu mengandungi perkara-perkara berikut:-

Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan atau pihak berkenaan untuk mengekalkan sistem kawalan yang mencukupi didalam bidang kuasa mereka. Perubahan persekitaran boleh menyebabkan keberkesanan kawalan merosot, ataupun kecenderungan pematuhan akan berubah. Sebagai tindakbalas kepada perubahan, pengurusan perlulah mengadakan kawalan tambahan atau mengubah kawalan sediada bagi melindungi daripada kerugian. Terdapat tiga jenis kawalan dalaman:

4. Apa itu Rancangan Audit Tahunan (RAT)?

RAT disediakan menggunakan pendekatan berasaskan objektif dan Risk-Based melibatkan dua peringkat iaitu pemilihan PTj untuk diaudit dan penentuan skop audit dan hendaklah diluluskan oleh Jawatankuasa Audit bagi;

5. Bagaimana dan mengapa PTj saya dipilih untuk diaudit?

Kaedah yang biasa digunakan dalam pemilihan PTj adalah dengan cara mengaplikasikan model penilaian risiko. Beberapa faktor dan komponen yang diambilkira dalam penilain tersebut termasuk:

Tidak semua auditan dipilih melalui kaedah yang sama. Penentuan skop audit pula adalah berdasarkan perkara berikut:

6. Apakah perkara yang perlu dijangka oleh auditi?

Melainkan tujuan auditan adalah untuk menyiasat penipuan yang disyaki ataupun pemeriksaan mengejut kiraan tunai, anda atau pegawai anda akan diberikan makluman bertulis sekiranya PTj anda terpilih untuk diaudit. Surat makluman ini akan menyatakan skop dan objektif yang perlu dicapai dalam auditan tersebut.

Kemudian wakil daripada Bahagian Audit Dalam akan menghubungi anda untuk mengaturkan satu mesyuarat pembukaan untuk membincangkan skop audit dan logistik dalam melaksanakan audit tersebut.

Pada mesyuarat pembukaan, anda seharusnya mengambil peluang untuk membincangkan sebarang kebimbangan atau soalan-soalan mengenai audit tersebut dan menentukan bagaimana anda dapat membantu dalam proses audit nanti.

Auditan kebiasaannya mempunyai beberapa peringkat, termasuklah kajian awal, pengumpulan dan analisis data, pandangan, penulisan laporan dan pengedaran serta tindakan susulan.

7. Bagaimana memberikan kerjasama terbaik kepada juruaudit dalam?

Setiap proses audit mempunyai skop dan objektif yang ditetapkan. Mana-mana juruaudit yang meminta maklumat daripada anda mestilah boleh menjelaskan tujuan dan skop audit supaya membolehkan anda memahami sebab soalan dan pertanyaan diberikan serta menyalurkan jawapan dengan cepat dan tepat.

Bila anda memahami tujuan audit, anda boleh membantu samada menyalurkan maklumat yang relevan ataupun jika anda bukan sumber terbaik maklumat yang diperlukan anda boleh menunjukkan juruaudit kepada individu atau jabatan/bahagian/unit yang betul/lebih tahu berhubung dengan perkara tersebut.

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau keraguan mengenai maklumat yang dipinta, adalah bersesuaian untuk anda membincangkan keraguan tersebut dengan Juruaudit Dalam tersebut.

Tarikh Kemaskini: 31 Julai 2019