![]() |
Portal Rasmi
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kewajipan, Maruah, Integriti
|
Selari dengan falsafah, visi dan misi universiti sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bertaraf global, Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa adalah penting untuk merealisasikan wawasan tersebut dengan memberikan perkhidmatan yang cemerlang bersesuaian dengan keperluan pelanggan.
Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa bertanggungjawab menguruskan perkara-perkara yang tidak dipertanggungjawabkan atau dikendalikan oleh mana-mana bahagian atau pusat lain di universiti. Perkara-perkara yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan isu-isu kepimpinan, korporat dan perhubungan antarabangsa melalui kaedah perhubungan awam dan komunikasi yang cemerlang dan berkesan. Untuk mencapai matlamat tersebut, pendekatan melalui media cetak, elektronik, program-program universiti dan juga penerbitan adalah dilaksanakan.
Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa terbahagi kepada Pejabat Perkhidmatan Sokongan dan 5 Unit seperti berikut: