16 Dis 2015 : Kursus MOOC atau Massive Open Online Learning Course merupakan kaedah pembelajaran terkini yang mula menjadi terkenal sekitar tahun 2012 di seluruh dunia. Secara dasarnya pada akhir tahun 2014,setiap bahagian e-Pembelajaran universiti awam telah diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk terlibat membangun kursus MOOC di Malaysia. Di UPNM, Pusat Pembangunan Akademik adalah bertanggungjawab memastikan sekurang-kurangnya 3 kursus MOOC ini dibangunkan menjelang September 2015 yang bersifat nic atau umum sepunya atau kemahiran sepanjang hayat iaitu Nautical Rules of the Road (ROR), Nationhood in the World Politics (NWP), Human Computer Interaction (HCI).