BULETIN UPNM

Bengkel Pengurusan Projek Penyelidikan Tahun 2021

BPI Rabu, 01 Dis 2021


Bahagian Penyelidikan dan Inovasi telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Projek Penyelidikan tahun 2021 pada 27 dan 28 November 2021 yang lepas bertempat di Hotel Hatten, Melaka. Perasmian bengkel in telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM. Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ketua penyelidik dan penyelidik bersama dalam mengurus tadbir geran yang telah mereka perolehi dengan lebih sistematik dan tersusun.




Penglibatan peserta ini adalah terdiri daripada penyelidik yang telah menerima geran di bawah pemberi dana iaitu Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Geran Antarabangsa, NIOSH dan lain-lain. Pihak Bahagian Penyelidikan dan Inovasi juga telah menjemput penceramah yang berpengalaman dalam mentadbir urus geran penyelidikan dengan berkongsi pengalaman tersebut kepada penyelidik UPNM. Melalui pendekatan Bengkel Pengurusan Projek Penyelidikan ini, Bahagian Penyelidikan dan Inovasi ini telah menerima maklumbalas yang sangat positif daripada setiap penyelidik yang hadir ke bengkel tersebut dan berharap bengkel ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjadi aktiviti tahunan Bahagian Penyelidikan dan Inovasi dalam mencapai penyelidikan yang membanggakan UPNM di peringkat seterusnya.

Kemaskini Terakhir : Rabu, 01 Disember 2021