Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 25

24
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Mahasiswa Berkualiti
Bahagian
P
engurusan Akademik (BPA) telah ditubuhkan selari dengan penubuhan Universiti pada tahun
2007. Sejak dari awal penubuhannya Bahagian Pengurusan Akademik diletakkan di bawah penyeliaan Jabatan
Pendaftar. Mulai bulan Mei 2012, Mesyuarat Exco Naib Canselor memperakukan perubahan sistem tadbir
urus Bahagian Pengurusan Akademik yang baharu di bawah pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik
dan Antarabangsa. Objektif Penubuhan Bahagian Pengurusan Akademik adalah untuk memastikan urusan
pengambilan, kemasukan, pendaftaran pelajar, maklumat rekod, peperiksaan dan pengijazahan diuruskan
dengan berkesan seiring dengan matlamat dan objektif Universiti. Bagi meningkatkan penyampaian
perkhidmatan BPA telah mewujudkan beberapa pecahan unit pentadbiran sebagai pengkhususan di dalam
memastikan fungsi dan peranan dapat berjalan dengan lancar. Antara Unit yang terdapat di BPA adalah:
a.
Unit Kemasukan dan Promosi
b.
Unit Peperiksaan dan Pengijazahan
c.
Unit Rekod dan Pendaftaran
d.
Unit Pentadbiran dan Senat
BPA merupakan bahagian yang bertanggungjawab di dalam menyelaras segala dasar berkaitan akademik di
UPNM dan menjadi urus setia bagi Mesyuarat Senat Universiti. UPNM ditubuhkan bagi melahirkan graduan
tentera dan awam untuk keperluan keselamatan pertahanan Negara.
Program Pengajian
Program Asasi Pertahanan
1.
Asasi Kejuruteraan Pertahanan (Z0440)
2.
Asasi Sains dan Teknologi Pertahanan (Z0880)
3.
Asasi Pengurusan Sumber Pertahanan (Z0220)
Mahasiswa Berkualiti
1...,15,16,17,18,19,20,21,22,23,24 26,27,28,29,30,31,32,33,34,35,...172
Powered by FlippingBook