Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 4

3
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Sejarah Penubuhan
Sejarah Penubuhan
Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi
Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan
program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet
Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA kemudian diperluaskan melalui naik tarafnya
sebagai sebuah universiti yang diwartakan pada 10 November 2006.
Di samping memperolehi kelayakan profesional, semua Pegawai Kadet ditauliahkan sebagai Pegawai
ATM dan mereka bakal berkhidmat di pelbagai pasukan dalam Tentera Darat, Tentera Laut dan
Tentera Udara. Manakala bagi pelajar awam yang bergraduat mereka bakal menceburi perkhidmatan
beruniform yang lain seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia
(PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan perkhidmatan awam serta
sektor swasta, terutama dalam bidang industri pertahanan dan keselamatan negara.
Di samping Pusat Asasi
Pertahanan, UPNM telah
menubuhkan 4 buah fakulti iaitu
Fakulti Kejuruteraan Pertahanan,
Fakulti Sains dan Teknologi
Pertahanan, Fakulti Pengajian
dan Pengurusan Pertahanan,
Fakulti Perubatan dan Kesihatan
Pertahanan.
Program akademik yang
ditawarkan di fakulti-fakulti
adalah setanding dengan Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
dalam dan luar negara. Program-
program ditawarkan oleh UPNM
menarik minat bakal pelajar
kerana ia melibatkan pengajian
dalam bidang pertahanan dan
keselamatan. Pengetahuan dan
kemahiran yang diperolehi boleh
diaplikasi kepada pengurusan
pertahanan dan keselamatan
negara, di samping dapat
diaplikasikan dalam sektor
perindustrian yang berteraskan
sains dan teknologi terkini.
1,2,3 5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,...172
Powered by FlippingBook