Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (BJKPD) terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pelbagai akviti melibatkan pengurusan kualiti. BJKPD juga berperanan sebagai Urus Setia kepada mesyuarat-mesyuarat dan terlibat dalam jawatankuasa-jawatankuasa yang berkaitan. Penglibatan BJKPD dalam membantu pihak ini adalah sebagai usaha untuk memastikan pengurusan kualiti dilaksanakan secara berterusan.