14-15 Nov 2014 : Unit e-Pembelajaran, Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia melalui telah menyertai Karnival e-Pembelajaran Universiti-Universiti Peringkat Kebangsaan (NUCeL 2014) yang diadakan pada 14 hingga 15 November 2014 di Shah Alam Convention Centre (SACC), Selangor Darul Ehsan. Program ini dihoskan oleh Majlis e-Pembelajaran IPTA (MEIPTA) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kumpulan penyelidik UPNM telah memenangi 2 gangsa untuk pertandingan Invention, Innovation & Design On e-Learning (IIDEL) yang dianjurkan oleh Sekretariat NUCeL 2014.