FESTIVAL OF IDEAS (FOI)

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menganjurkan Festival of Ideas yang bertujuan untuk meraikan cetusan idea baharu sejajar dengan perkembangan pendidikan tinggi di era industri 4.0 melalui penglibatan agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, rakan industri dan masyarakat. Setiap institusi pengajian tinggi adalah disaran menggemukakan lapan (8) video sempena Festival of Ideas. UPNM sebagai salah sebuah universiti awam telah turut sama melibatkan diri dalam FOI pada tahun 2021.

 

Selaras dengan itu, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah mengarahkan CoE dan Penyelidik menghantar video mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh KPT. Hasil daripada arahan tersebut, 13 video berjaya dikumpulkan dan disaring.