NTIS SHARING SESSION

National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) diperkenalkan bagi mempercepatkan penciptaan, penerimaan dan pengkomersialan teknologi dan inovasi di semua peringkat. NTIS merupakan satu platform yang membolehkan penyelidik, penggerak inovasi, Perusahaan Kesil Sederhana (PKS), syarikat permulaan (startups) dan usahawan berteknologi tinggi menguji produk perkhidmatan, model perniagaan dan mekanisme penyampaian dalam persekitaran sebenar. NTIS adalah inisiatif untuk menggiatkan aktiviti pengkomersialan serta mengurangkan kebergantungan kepada teknologi import. Antara sasaran Sektor adalah  Medical and healthcare technology,  Manufacturing, Agriculture, Education and Travel and Tourism.

 

UPNM dengan kerjasama ARS Sejahtera Sdn BHD telah Berjaya mendapat geran NTIS Sandbox 2 sebanyak RM366,500. Geran ini adalah untuk tempoh 12 bulan dari Januari 2021. Sehubungan dengan itu, satu sesi webinar telah dianjurkan oleh Pusat Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan pada 29 Januari 2021 bagi berkongsi maklumat dan pengalaman bagi permohonan geran NTIS. Prof Madya Kapt Syed Nasir Alsagoff Syed Zakaria (B) telah dijemput untuk berkongsi pengalaman tersebut. Seramai 70 orang peserta telah mengikuti webinar ini yang telah diadakan dari jam 10.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari