Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
23 March 2017 / 25 Jamadil Akhir 1438
Tetapan

PERPUSTAKAAN

Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim dahulunya dikenali sebagai Perpustakaan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Perpustakaan ini telah ditubuhkan pada Mei 1995 dan bermula sebagaiPerpustakaan Akademi Tentera Malaysia. Seiring dengan penubuhan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada November 2006, Perpustakaan dikenali sebagai Perpustakaan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Perpustakaan ini dahulunya terletak di tingkat 4 dan 5 di Bangunan Bistari kemudiannya berpindah ke bangunan baharu pada 10 Januari 2011 yang berkeluasan 25,000 kaki persegi dan mampu menempatkan 800 orang pada satu-satu masa.

Perpustakaan UPNM telah dirasmikan pada 15 Disember 2011 oleh Y.B. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi iaitu Menteri Pertahanan Malaysia dan Perpustakaan UPNM telah dinamakan Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim sempena nama mantan Panglima Angkatan Tentera yang ketiga dan juga penerima pertama Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengajian Strategik) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) semasa Konvokesyen Pertama UPNM yang telah berlangsung pada 10 Oktober 2010.

Sehingga kini, jumlah staf Perpustakaan ialah seramai 28 orang termasuk 7 orang dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional maka selebihnya dari kumpulan sokongan.


Kemudahan sistem yang disediakan ialah:

• Kaunter Perkhidmatan Sirkulasi
• Kaunter Penasihat Pembaca
• Perkhidmatan Pinjaman antara Perpustakaan
• Laman Web Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim
• Self Check
• Bookdrop
• Pangkalan Data
• Web OPAC
• Literasi Maklumat


Maklumat lanjut, sila layari http://lib.upnm.edu.my/

Tarikh Kemaskini: 10 April 2013