Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
17 October 2017 / 26 Muharram 1439
Tetapan

PENTADBIRAN

Pengenalan

Jabatan Canselori merupakan sebuah Jabatan di dalam Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang bertanggungjawab dalam perancangan dasar dan kemajuan perkembangan Universiti ke arah memartabatkan pertahanan dan keselamatan negara bersesuaian dengan falsafah, visi, misi dan objektif penubuhan Universiti. Jabatan ini diketuai oleh Naib Canselor bertindak sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Perkhidmatan di dalam Universiti dengan dibantu oleh tiga (3) Timbalan Naib Canselor iaitu Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat).

Bagi merealisasikan tujuan dan peranannya sebagai sebuah jabatan yang penting kepada Universiti, fungsi dan tanggungjawabnya telah dibahagikan kepada beberapa Bahagian/Pusat/Pejabat iaitu Pejabat Naib Canselor (PNC), Pejabat Pengurusan Projek (iPMO), Bahagian Audit Dalam, Bahagian Perundangan, Pusat Jaminan Kualiti dan Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang mana menjadi nadi utama kepada Jabatan ini. Selain daripada bahagian dan pusat ini, Jabatan Canselori bergerak seiring dengan Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa dalam segala urusan utama Universiti.


Objektif Jabatan Canselori

Memberikan informasi dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan secara cekap dan berdedikasi seperti;

• Menterjemah segala dasar, polisi, hala tuju dan wawasan kepimpinan Universiti.
• Memastikan Universiti menjadi Pusat Kecemerlangan Pertahanan dan Keselamatan Serantau.
• Melaksanakan fungsi Eksekutif dan Pentadbiran Universiti.
• Mewujudkan hubungan baik dengan Universiti di dalam dan luar negara dalam memastikan setiap jabatan menjalankan tugas sebagaimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan, Statut, Akta dan semua peraturan Universiti mengikut Misi Nasional dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.

Tarikh Kemaskini: 28 Mac 2012