Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
19 September 2019 / 19 Muharram 1441
Tetapan

TERBITAN ILMIAH - 04

Tajuk Buku :
Hubungan Etnik di Malaysia

Penulis :
Wan Hashim Wan Teh

ISBN :
978-983-068-579-3

Harga:
Kulit Lembut : RM 65.00
Kulit Keras : RM100.00

Sinopsis :

Fenomena hubungan etnik di Malaysia bermula sebelum Perang Dunia Kedua lagi ekoran kesan dasar colonial Inggeris yang membuka pintu Negeri-negeri Melayu di Semenanjung dan Borneo Utara seluas-luasnya untuk diduduki oleh kaum imigran dari China dan India, walaupun kedatangan mereka dianggap bersifat sementara. Buku ini menyusur galur beberapa peristiwa dan isu yang membawa kepada ketegangan hubungan antara etnik Melayu-bukan Melayu serta kaedah yang digunakan Kerajaan untuk menangani ketegangan itu sejak negara berada di ambang kemerdekaan sehingga kini. Seperti buku yang asal, Race Relations in Malaysia, penulis masih menggunakan tesis “kegiatan mempolitikkan perbezaan antara etnik merupakan antara penyumbang utama ketegangan hubungan antara etnik di Malaysia.”

Tarikh Kemaskini: 10 April 2012