Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
29 April 2017 / 3 Syaaban 1438
Tetapan

DARI MEJA NAIB CANSELOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera

Pejabat Naib Canselor (PNC) adalah merupakan nadi utama kepada pentadbiran Universiti yang mana peranan dan fungsi pejabat ini adalah amat penting terutama dalam memastikan segala polisi, dasar, hala tuju dan pelan strategik Universiti dilaksanakan secara berkesan dan sistematik. Ini bertujuan untuk menjadikan UPNM sebagai sebuah Universiti yang unik atau Boutique University dalam mentransformasikan sebuah universiti yang compact, dipandu oleh kecemerlangan dalam menyediakan graduan yang berkualiti dan akademia bertaraf dunia.

Fokus utama UPNM adalah melonjakkan kecemerlangan dalam kemajuan sains dan teknologi pertahanan malah mampu menjadi hub ilmu pengetahuan sebagai rujukan dalam bidang pertahanan dan teknologi moden.

Saya mengalu-alukan pandangan, cadangan dan maklum balas semua warga Universiti dan pengunjung laman web bagi membantu PNC ini merealisasikan budaya kerja berprestasi tinggi dan menyemarakkan semangat untuk terus meningkatkan keupayaan demi masa depan anak bangsa dan negara.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staf, individu dan sesiapa saja yang sentiasa berusaha gigih dalam memartabatkan kecemerlangan Universiti.


"KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI"

JENERAL TAN SRI DATO’ SERI PANGLIMA HJ ZULKIFLI BIN HJ ZAINAL ABIDIN
Naib Canselor

Tarikh Kemaskini: 15 Julai 2013