PEMBIAYAAN / TAJAAN
Pegawai Kadet tajaan Kementerian Pertahanan layak mendapat kemudahan berikut:
Gaji
| Tahun Pengajian | RM Sebulan |
|
Tahun 1 |
1206.96 |
|
Tahun 2 |
1293.48 |
|
Tahun 3 |
1380.00 |
|
Tahun 4 |
1466.52 |
|
Tahun 5 |
1553.04 |
Imbuhan
Bayaran Imbuhan Tetap sebanyak RM80.00 sebulan sepanjang pengajian, elaun pakaian dan laim-lain imbuhan berdasarkan kelayakan semasa.
Bonus Tahunan
Adalah satu keistimewaan dan tertakluk kepada sokongan.
Kos Pengajian, Kos Penginapan dan Latihan Ketenteraan
Dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pertahanan.
Ijazah dan Tauliah/ Jaminan Kerja
Calon tajaan Kementerian Pertahanan yang lulus pengajian akademik dan latihan ketenteraan akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda serta Tauliah jangka pendek. Selepas pentauliahan mereka akan berkhidmat sebagai pegawai berpangkat Kapten, Leftenan atau setaraf dalam ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia.
Lain-lain Tajaan
Pelajar awam dibenarkan memohon biasiswa/dermasiswa/pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan dari badan-badan penganjur yang layak dipohon. Syarat dan peraturan penajaan dan pinjaman adalah tertakluk kepada pihak berkenaan. Antara penaja yang boleh membiayai pengajian di UPNM adalah seperti berikut:
-
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
-
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
-
Tabung Amanah Pendidikan Negeri
-
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
-
Yayasan Tenaga Nasional
-
Kementerian Belia Dan Sukan
-
Majlis Agama Negeri
- Lain-lain
Latihan Ketenteraan
-
Latihan ketenteraan adalah diwajibkan kepada semua pelajar UPNM
-
Pelajar-pelajar Awam diwajibkan mendaftar sebagai anggota PALAPES. Mereka akan diberi elaun dan kemudahan-kemudahan lain semasa menjalani latihan ketenteraan.
-
Pelajar Awam yang berjaya menamatkan pengajian sehingga ke peringkat Sarjana Muda akan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Simpanan selepas tamat latihan ketenteraan






![[sidebarpic]](img/sidebarpic.jpg)







