Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 August 2017 / 27 Zulkaedah 1438
Tetapan

RENJISAN MAWAR DEKAN

Renjisan Mawar oleh Dekan

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua Pegawai Kadet dan Palapes yang berjaya memasuki UPNM sebagai wadah menimba ilmu dan sekali gus menjadi warga FPPP.

Bagi merealisasikan visi dan misi UPNM sebuah universiti boutique serta diiktiraf pada peringkat antarabangsa dan sebagai institusi pengajian tinggi yang menjadi pilihan utama golongan pelajar dan ahli akademik melalui pencapaian cemerlang dalam bidang pengajaran, penyelidikan dan ketenteraan, namun hasrat itu akan lebih terlaksana lagi dengan adanya semangat daya saing dalam menimba cetusan ilmu dari semua Pegawai Kadet dan Palapes bagi memenuhi hasrat universiti ini.

Selaras dengan hasrat murni tersebut, fakulti juga berhasrat dapat melahirkan graduan yang berketerampilan dan berkualiti tinggi dari segi ilmu, sahsiah dan teknologi dalam bidang Pengajian Strategi dan Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan melalui pengajaran dan penyelidikan serta pengurusan dan perkhidmatan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam mencapai kecemerlangan ilmu bagi membentuk aset negara Malaysia menjelang Wawasan 2020.
Kecemerlangan, berketerampilan dan berkemahiran dalam bidang ilmu tidak dapat di kecapi dengan impian semata-mata tetapi memerlukan usaha yang jitu dan matlamat yang jelas sebaik sahaja melangkah ke menara gading. Justeru itu, wajarlah semua Pegawai Kadet dan Palapes sekalian menyusun langkah, mengatur strategi dan melestarikan tekad agar mercu kecemerlangan dapat didakap.

"KEWAJIPAN MARUAH INTEGRITI"


Kolonel Felo Kanan Abdul Latif bin Harun (Bersara)
Dekan
Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan

Tarikh Kemaskini: 17 April 2017