Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
26 June 2017 / 2 Syawal 1438
Tetapan

SELAMAT DATANG

ALUAN NAIB CANSELOR

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 UPNM,

UPNM ditubuhkan dengan keunikan tersendiri, dengan arah tuju utamanya iaitu menjadi universiti pertahanan premier untuk pendidikan, latihan dan penciptaan ilmu. Khusus dalam bidang pertahanan dan keselamatan sebagai bidang tujahannya (niche area), UPNM memegang amanah besar untuk menghasilkan graduan berintelek yang akan menjadi pemimpin masa depan negara.

UPNM amat komited dalam menetapkan fokus dan matlamat untuk menjadi sumber rujukan berautoriti dalam bidang pertahanan dan keselamatan. Dengan adanya para cendekiawan yang memiliki kepakaran dalam bidang masing-masing, saya yakin bahawa UPNM memiliki potensi yang sangat besar dalam memperkembangkan dan memperkukuhkan lagi bidang tujahannya. Ini termasuklah idea menawarkan program baharu bagi memperkukuhkan bidang tujahan akademik universiti ini.

Melahirkan pemimpin berintelektual sebagai ‘key performance indicator’ utamanya, UPNM akan sentiasa komited dalam memastikan amanah negara ini dapat direalisasikan. Diformulasikan melalui penglibatan secara menyeluruh staf pentadbiran dan sokongan, kombinasi akademia awam dan tentera serta pengajian akademik yang disulami latihan ketenteraan, saya amat berkeyakinan dan optimis bahawa kekuatan barisan elit yang ada ini akan berpotensi menempa keunggulan. Barisan ini juga akan memberikan fokus dalam memastikan dasar yang telah digariskan oleh pemegang taruh iaitu Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia terlaksana.

Semua prinsip utama yang mendasari pelaksanaan dari aspek akademik,latihan ketenteraan, pembangunan pelajar dan perkhidmatan profesional universiti ini adalah bertujuan untuk merealisasikan amanah dalam melahirkan pemimpin berintelektual atau “Intellectual Leaders of Character” serta menjana sumber tenaga profesional demi memastikan kesinambungan kedaulatan negara. Insya – Allah.

Salam hormat.

JENERAL TAN SRI DATO’ SERI PANGLIMA HJ ZULKIFLI BIN HJ ZAINAL ABIDIN

Naib Canselor

Tarikh Kemaskini: 22 September 2014