Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 August 2017 / 27 Zulkaedah 1438
Tetapan

PENGENALAN

Saya sangat mengalu-alukan anda ke Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan (FPKP) dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Tahniah kerana telah dipilih ke FPKP untuk mengejar impian dan cita-cita anda. Bidang perubatan merupakan satu profesion yang berprestij yang diberikan kepada hanya beberapa orang yang terpilih.

FPKP adalah satu-satunya sekolah perubatan di negara ini yang menawarkan kombinasi unik antara pendidikan perubatan dan latihan ketenteraan yang telah bergabung dalam satu program akademik. Program kami diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan diiktiraf oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Ciri-ciri khas FPKP berbanding fakulti perubatan yang lain adalah dalam bidang komponen perubatan ketenteraan yang diperkenalkan kepada kurikulum. Ini akan bermanfaat bagi mereka yang akan berkhidmat dalam angkatan tentera dan dapat menambah pengetahuan bagi mereka yang akan berkhidmat di sektor awam.

Di FPKP, kami akan membantu anda dalam usaha untuk mendapatkan bukan sahaja pengetahuan teknikal yang diperlukan malah sikap yang betul dan kemahiran supaya anda akan menjadi seorang profesional perubatan yang cekap, selamat dan terpelihara. Kami menyediakan persekitaran yang kondusif untuk memperoleh pengetahuan yang efektif dan pembangunan kemahiran klinikal. Selain itu, fakulti ini juga dilengkapi dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan pengalaman pembelajaran anda. Fakulti kami terdiri dari pensyarah yang berpengalaman dan berdedikasi yang akan membimbing anda sepanjang waktu akademik.

Walaupun mempunyai kuliah tradisional dan sesi makmal, terdapat juga beberapa pendidikan pra-klinikal melibatkan kumpulan kecil ‘problem-based learning’ dan pendedahan klinikal awal (ECE). Ini membolehkan pelajar untuk terlibat dalam penjagaan pesakit di awal pendidikan perubatan mereka.

Lima tahun akan datang, sebagai pelajar perubatan memang akan menempuh jadual yang sibuk dan banyak pengalaman baru. Setiap pelajar perubatan akan melaluinya dan selama anda bekerja keras dan memiliki semangat, kejayaan sudah berada dalam genggaman. Kami berharap agar pelajar-pelajar kita dapat berkembang bukan sahaja dalam pengetahuan tetapi juga dalam sikap ingin tahu dan komitmen selama mana mereka berada di sini dan dapat mempraktikkan ciri-ciri ini dengan bijaksana dalam melayani profesion dan masyarakat mereka. Adalah menjadi harapan saya agar peluang ini dapat anda digunakan dengan sebaik-baiknya.

Briged Jeneral Professor Dato’ Dr Haji Muhamad bin Abu Bakar

DEKAN

Tarikh Kemaskini: 06 November 2014