Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 137

136
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
prestasi kewangan
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN - 31 DISEMBER 2011
1.
MAKLUMAT UMUM
a.
Penubuhan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera
Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang menjalankan program pengajian
diperingkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada pegawai kadet Angkatan Tentera
Malaysia (ATM). Pada 10 November 2006 ATMA telah diwartakan sebagai UPNM melalui warta
kerajaan P.U .(A) 400 bertarikh 9 November 2006.
b.
Aktiviti Utama
UPNM adalah sebuah Universiti yang mengkhusus dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan
Teknologi Pertahanan yang dapat diaplikasi kepada aset pertahanan Negara seperti kapal
tentera laut, pesawat udara dan peralatan ketenteraan dalam Angkatan Tentera Malaysia
(ATM).
2.
OBJEKTIF DAN POLISI PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN
Dasar Universiti adalah untuk memastikan risiko pasaran, risiko kredit dan risiko kecairan diuruskan
bagi menjaga kepentingan Universiti dan mengawal risiko bagi memaksimumkan pulangan dan
mengekalkan keutuhan kewangan Universiti.
a.
Risiko Pasaran
Secara prinsipnya Risiko Pasaran wujud daripada perubahan harga dalam ekuiti. Pelaburan
dalam saham amanah dikelaskan sebagai pelaburan jangka panjang dan pihak pengurusan
akan memastikan bahawa sebarang pelupusan saham akan mendapat pulangan yang
maksimum.
b.
Risiko Kredit
Risiko Kredit wujud bila sesuatu pendahuluan, sewaan atau yuran/caj yang dikenakan
dibuat secara kredit. Risiko Kredit dikawal dan diuruskan dengan membuat penilaian dan
pemantauan baki kredit bagi setiap penghutang.
c.
Risiko Kecairan
Risiko Kecairan diambilkira untuk memastikan kecairan tunai memadai bagi memenuhi
tuntutan perbelanjaan dan pemiutang melalui langkah kawalan kredit, penerimaan hasil dan
geran.
3.
DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING
a.
Asas Perakaunan
Penyata Kewangan UPNM disediakan berdasarkan konvensyen kos sejarah dan mengikut
piawaian perakaunan
Private Entity Reporting Standards
(PERS) yang diluluskan oleh Lembaga
Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) dengan pengubahsuaian dibuat mengikut kesesuaian
peruntukan yang telah ditetapkan oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1997.
b.
Pengiktirafan Pendapatan
i.
Pemberian kerajaan untuk belanja mengurus mengikut konvensyen kos asal dan mengikut
piawaian-piawaian yang diluluskan. Geran kerajaan bagi belanja mengurus diakaunkan
berdasarkan asas tunai. Geran kerajaan untuk projek-projek penyelidikan diakaunkan di
dalam Kumpulan Wang Penyelidikan. Geran
Private Financing Initiative
(PFI) untuk projek-
projek pembangunan diakaunkan di dalam Kumpulan Wang PFI.
1...,127,128,129,130,131,132,133,134,135,136 138,139,140,141,142,143
Powered by FlippingBook