Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 127

126
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
prestasi kewangan
2.0 PERBELANJAAN MENGURUS
Jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus UPNM meningkat sebanyak 32 peratus pada tahun 2011
kepada RM77,153,616 berbanding RM58,264,352 pada tahun 2010. Pecahan perbelanjaan adalah
disumbangkan oleh pembayaran emolumen sebanyak RM30,161,729 (39%), perkhidmatan dan bekalan
berjumlah RM37,660,414 (49%), pemberian dan kenaan bayaran tetap sebanyak RM2,068,619 (3%)
dan perbelanjaan lain berjumlah RM7,262,854 (9%). Pecahan perbelanjaan ini dapat dilihat dalam
Gambarajah 19. Jadual 41 pula menunjukkan perbandingan perbelanjaan mengurus bagi tahun 2011 dan
2010.
Gambarajah 19: Pecahan Perbelanjaan Mengurus 2011
Perbelanjaan
Tahun 2011
Tahun 2010
RM ‘000
RM ‘000
%
%
Emolumen
Perkhidmatan dan Bekalan
Pemberian dan Kenaan Tetap
Perbelanjaan Lain
Jumlah
30,162
37,660
2,069
7,263
77,154
22,421
28,609
1,636
5,598
58,264
39
49
3
9
100
38
49
3
10
100
Jadual 41: Perbelanjaan Mengurus
3.0 PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN
Sebanyak RM124,000,000 telah diluluskan untuk Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMKe-9) di bawah
Private Financing Initiative (PFI). Sehingga 31 Disember 2011 sebanyak RM115,000,000 telah diterima
dan sebanyak RM109,284,693 telah dibelanjakan. Jumlah perbelanjaan yang dipermodalkan sebagai
Pembinaan Dalam Kemajuan (WIP) bagi 2011 telah meningkat kepada RM78,168,994 berbanding dengan
RM61,889,413 pada tahun 2010. Di samping itu sebanyak RM7 juta telah diluluskan di bawah peruntukan
pembangunan untuk Rancangan Malaysia ke Sepuluh (RMKe-10) dan telah disalurkan kepada UPNM pada
tahun 2011 bagi tujuan pembelian peralatan Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan yang telah
memulakan sesi akademiknya pada September 2011.
1...,117,118,119,120,121,122,123,124,125,126 128,129,130,131,132,133,134,135,136,137,...143
Powered by FlippingBook