Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 79

78
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Pembelajaran Sepanjang Hayat
AKTIVITI BENGKEL
Bengkel dimulai dengan ucapan pembukaan oleh YBhg. Dato’ Jesbil Singh, Timbalan Naib Canselor (Jaringan
Industri dan Perhubungan Korporat) dan diikuti dengan pembentangan mengenai UK National Cybersecurity
Strategy oleh Mr. Michael Salkard, Ketua Setiausaha Pertahanan dan Keselamatan, British High Commission,
Kuala Lumpur.
Bengkel dibahagikan kepada beberapa kumpulan sindiket dan dibantu oleh tiga fasilitator daripada Warwick
University, iaitu Mr. Alistair Parker (Principal Fellow), Dr. Duncan Hine (Principal Fellow) dan Mr. Harjinder
Singh (Senior Teaching Fellow).
Nama Aktiviti 2
Tarikh
Tempat
Penganjur
Jumlah Peserta
: Bengkel Training Need Analysis (TNA) - 2
: 30 Apr 2012
: Bilik Mesyuarat, Tingkat 2, Perpustakaan Tun Jeneral Ibrahim,
UPNM
: NIEEd / Warwick University
: 21 orang
Nama Aktiviti
Tarikh
Tempat
Penganjur
Program Akademik yang
dilancarkan
Jumlah Jemputan
: Majlis Pelancaran Program Akademik NIEEd 2012
: 16 Feb 2012
: Dewan Bestari, UPNM
: NIEEd
: Diploma Eksekutif Pengajian Strategi dan Pertahanan (DEPSPS)
: MSc in Engineering Business Management for Defence and
Security (MEBM)
: Anggaran 200 orang
OBJEKTIF
Objektif bengkel kedua ini adalah untuk
membangunkan struktur kurikulum dan silibus bagi
programMasters in Cybersecurity and Management.
AKTIVITI BENGKEL
Bengkel dimulai dengan ucapan pembukaan oleh
YBhg. Dato’ Jesbil Singh, Timbalan Naib Canselor
(Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat),
UPNM dan diikuti dengan ucapan pengenalan
daripada Dr. Duncan Hine, Principal Fellow, Warwick
University. Perbincangan dimulakan dengan
pembentangan cadangan kursus dan silibus
daripada Mr. Harjinder Singh (Senior Teaching
Fellow, Warwick University) dan pembentangan
Threading the Curriculum bersama Dr. Duncan
Hine. Semua peserta bersetuju dengan cadangan
kurikulum yang dibentangkan.
MAJLIS PERLANCARAN PROGRAM AKADEMIK NIEEd 2012
Majlis Pelancaran Program Akademik UPNM 2012 telah dirasmikan oleh YBhg. Laksamana Tan Sri Dato’ Sri
Mohd Anwar bin Haji Mohd Nor (Bersara), Pengerusi Lembaga Pengarah UPNM. Majlis ini juga turut dihadiri
oleh YBhg. Lt Jen Dato’ Seri Allatif Mohd Noor, Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja
Mohamed Noor, Ketua Staf, Ibu Pejabat Angkatan tentera Malaysia dan Prof. Lord Kumar Bhattacharyya,
Pengerusi dan Pengasas Warwick Management Group (WMG).
Seramai lebih kurang 200 jemputan yang hadir, terdiri daripada Lembaga Pengarah UPNM, Pengurusan
Tertinggi dan staf akademik UPNM, Panglima Tentera Udara, Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera
Laut, Pengarah, Dekan, staf MTAT, staf MINDEF, PERHEBAT, staf akademik Warwick University, pensyarah-
pensyarah dan pelajar-pelajar DEPSP dan MEBM.
1...,69,70,71,72,73,74,75,76,77,78 80,81,82,83,84,85,86,87,88,89,...172
Powered by FlippingBook