Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 81

80
Laporan Tahunan 2012
UPNM
AKTIVITI PROGRAM DAN PELAJAR
Nama Aktiviti 1
Tarikh
Penganjur
Nama Program
Nama Kursus
: Lawatan Kajimatan
: 2 - 6 April 2012
: NIEEd / Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT)
: Diploma Eksekutif Pengajian Strategi dan Pertahanan (DEPSP)
: Malaysian Security and Development Studies (MSDS) - DIS 0013
PENGENALAN
Lawatan Kajimatan adalah merupakan ‘ground research assessment’ untuk kursus MSDS yang perlu
dilaporkan secara bertulis, tentang isu-isu yang berkaitan dengan KESBAN. Topik kajian yang telah ditetapkan
adalah “Enhancing Economic Growth and Development Towards Promoting National Security”. Setiap
kumpulan dikehendaki menyediakan laporan bertulis mengikut format laporan kajian yang telah disediakan
dan diserahkan kepada Penyelaras Aktiviti Program pada tarikh yang telah ditetapkan.
Selain daripada memenuhi keperluan akademik, laporan kajian ini juga akan melaporkan penemuan untuk
pertimbangan MTAT. Penyediaan laporan penyelidikan yang berkualiti tinggi daripada pelajar amatlah
diharapkan bagi tujuan untuk memenuhi kedua-dua keperluan tersebut.
OBJEKTIF
Antara objektif lawatan adalah:
a) Keberkesanan pertumbuhan ekonomi ke arah meningkatkan keselamatan negara.
b) Keberkesanan pelbagai agensi dalam meningkatkan keselamatan negara.
c) Menilai pencapaian agensi-agensi keselamatan dalam penguatkuasaan keselamatan negara.
d) Mengkaji sumbangan pembangunan ekonomi negeri ke arah pembangunan ekonomi negara.
e) Mengenal pasti isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh agensi-agensi kerajaan negeri.
Pembelajaran Sepanjang Hayat
Lawatan Kajimatan
1...,71,72,73,74,75,76,77,78,79,80 82,83,84,85,86,87,88,89,90,91,...172
Powered by FlippingBook