Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 93

92
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
modal insan cemerlang
Bil.
Bilangan Kakitangan
Akademik
Bukan Akademik Kumpulan Sokongan
Jumlah
2011
27
7
62
96
Jadual 33: Pemberian Taraf Berpencen
5.0 PEMBERIAN TARAF BERPENCEN
Seramai 96 orang staf telah layak diberi pemberian taraf berpencen kerana telah genap tiga tahun
perkhidmatan dan disahkan dalam perkhidmatan pada tahun 2011.
6.0 KEMUDAHAN STAF UPNM
Jabatan Pendaftar merupakan tunggak serta nadi bagi pengurusan pentadbiran Universiti di samping
bertanggunjawab bagi menyediakan kemudahan kepada semua kakitangan UPNM. Ini merujuk kepada
pelan strategik Jabatan Pendaftar iaitu menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang menepati
kepuasan pelanggan sebagai
the value customer
. Antara kemudahan yang ditawarkan oleh Jabatan
Pendaftar adalah seperti:
• Kemudahan Klinik Panel dan Perubatan
• Kemudahan Pakaian Seragam dan Kasut bagi Kumpulan Sokongan
• Kemudahan Kad Staf dan Tanda Nama
6.1 Kemudahan Klinik Panel dan Perubatan
Jabatan Pendaftar bertanggungjawab dalam menguruskan pelantikan, penamatan dan pembayaran bil
rawatan bagi kemudahan Klinik Panel dan Perubatan. Pelantikan klinik panel dibuat dalam tempoh dua
(2) tahun sekali. Pada 2010, pelantikan telah dilakukan bagi sesi 2010 - 2012 iaitu bermula 1 September
2010 sehingga 31 Ogos 2012. Sehingga awal tahun 2011, bilangan Klinik Panel sedia ada ialah sebanyak
39 buah. Kemudian, jumlah tersebut meningkat sebanyak 56 buah klinik panel. peningkatan ini berikutan
daripada pelantikan baru yang dibuat sebanyak 17 buah klinik panel yang akan menyediakan kemudahan
rawatan
outpatient
kepada semua kakitangan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Pelantikan bagi 56 buah Klinik Panel adalah di sekitar Lembah Kelang (Kuala Lumpur dan W.P Putrajaya),
Selangor dan juga Negeri Sembilan. Kemudahan ini disediakan bagi memastikan kebajikan staf
terutamanya berkaitan aspek kesihatan terpelihara bagi membantu meningkatkan produktiviti kerja staf.
Berdasarkan kepada kemudahan perubatan Klinik Panel UPNM yang disediakan oleh pihak Universiti,
staf beserta tanggungan boleh mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar rawatan yang ditanggung
oleh pihak Universiti berjumlah RM45.00 bagi sekali rawatan. Kadar ini meliputi kadar caj rawatan serta
ubat-ubatan yang diterima oleh staf dan juga tanggungan. Walau bagaimanapun, bayaran balik bil tuntutan
rawatan pesakit luar di klinik swasta bukan panel UPNM adalah boleh dibuat oleh setiap kakitangan UPNM
berdasarkan kepada situasi berikut:
• Kakitangan yang sedang menjalankan tugas rasmi Universiti seperti menghadiri Mesyuarat/Bengkel/
Kursus yang diluluskan oleh pihak Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan juga pengurusan Universiti.
• Tiada klinik panel yang dilantik di kawasan tempat tinggal serta kedudukan rumah yang terletak lebih
50 kilometer daripada klinik panel yang telah dilantik oleh pihak pengurusan Universiti.
Kadar bayaran balik bil tuntutan adalah RM45.00 per rawatan dan tuntutan tersebut perlu disertakan
dengan resit, borang kelulusan menghadiri mesyuarat/bengkel/kursus atau surat panggilan/jemputan
mesyuarat daripada pihak yang berkaitan.
6.2 Kemudahan Pakaian Seragam dan Kasut bagi Kumpulan sokongan
Jabatan Pendaftar juga menyediakan Kemudahan pakaian seragam dan kasut kepada staf Kumpulan
sokongan berdasarkan kepada pekeliling perkhidmatan Bil 7/1990 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil
5/1995. Tujuan penyediaan pakaian seragam dan kasut adalah:
• Pengenalan diri kepada staf yang dikehendaki memakai pakaian seragam sepanjang masa bertugas
seperti pengawal keselamatan.
• Bertujuan sebagai perlindungan diri daripada percikan bahan kimia dan kekotoran.
1...,83,84,85,86,87,88,89,90,91,92 94,95,96,97,98,99,100,101,102,103,...143
Powered by FlippingBook