Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 96

95
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
hubungan industri
dan korporat
JARINGAN INDUSTRI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat merupakan salah satu portfolio penting kepada sesebuah
universiti dalam usaha menjadikannya universiti yang cemerlang dan berdaya saing dalam sektor
perindustrian yang mana meliputi kerjasama hal ehwal korporat dan hubungan strategik di peringkat
negara mahupun antarabangsa. Bagi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), portfolio ini
dipertanggungjawabkan kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri dan Perhubungan
Korporat (JIPK).
Tambahan pula, sebagai memenuhi hasrat Kementerian Pengajian Tinggi ke arah melaksanakan Dasar
Latihan Industri, JIPK sentiasa menitikberatkan proses pembangunan universiti bersama industri seperti
mewujudkan dan mengukuhkan jalinan industri dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan dan
keselamatan negara yang menjadi teras penubuhan universiti ini.
Hal ehwal korporat universiti meliputi perkara mengenai penggubalan Pelan Strategik Universiti,
perhubungan dengan institusi kerajaan dan swasta dalam dan luar negara, penjenaman, perhubungan
awam dan media serta hal-hal berkaitan Tadbir Urus (Governance).
1.0 HUBUNGAN INDUSTRI KORPORAT BAGI R&D DAN PENGKOMERSIALAN
Hubungan Industri Korporat merangkumi pembangunan hubungan dan kerjasama strategik seperti
meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara bersama serta pengkomersialan paten
universiti. Pada tahun 2010 UPNM hanya menjalinkan kerjasama dengan empat (4) buah badan dan
institusi dalam dan luar negara. Walau bagaimanapun melalui usaha yang komprehensif UPNM berjaya
menandatangani satu (1) Memorandum Perjanjian (MoA) serta sembilan (9) Memorandum Persefahaman
(MoU) pada tahun 2011. Impak daripada kerjasama strategik ini telah memberi kepercayaan kepada lebih
banyak badan dan institusi untuk terus mewujudkan kerjasama dengan UPNM seterusnya meningkatkan
hubungan kerjasama dengan industri pertahanan dan keselamatan negara bagi maksud penyelidikan dan
pembangunan (R&D).
hubungan industri dan korporat
1...,86,87,88,89,90,91,92,93,94,95 97,98,99,100,101,102,103,104,105,106,...143
Powered by FlippingBook