Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 99

98
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
hubungan industri dan korporat
4.0 HUBUNGAN UNIVERSITI - INDUSTRI BAGI PROGRAM SANGKUTAN
Hubungan Universiti - Industri dikendalikan oleh Unit Jaringan Industri di bawah Bahagian Kepimpinan,
Korporat dan Perhubungan Antarabangsa. Penglibatan pelajar dan tenaga pengajar dalam industri
sentiasa dipergiatkan bagi membantu pelajar dan tenaga pengajar menimba ilmu dan menambahbaik
ilmu pengetahuan merangkumi perolehan pengalaman, pendedahan kepada amalan sebenar industri,
mengaplikasikan pengetahuan dalam pengajaran dan pembelajaran, seterusnya melahirkan pelajar yang
berkebolehan pasaran dan tenaga pengajar yang berintelektual di UPNM.
Pelaksanaan hubungan dua hala ini dilaksanakan melalui latihan industri pelajar dan program sangkutan
tenaga pengajar UPNM di Syarikat/Agensi Kerajaan selaras dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Bagi maksud ini, UPNM turut terlibat dalam pelbagai aktiviti di peringkat universiti, industri dan
stakeholder
.
4.1 SENARAI PROGRAM/ SEMINAR/ PERSIDANGAN BERKENAAN HUBUNGAN UNIVERSITI -
INDUSTRI BAGI TAHUN 2011
Senarai program/ seminar/ persidangan berkenaan hubungan universiti - industri bagi tahun 2011
adalah seperti berikut:
Bil.
Program/ Seminar/ Persidangan
Tarikh
1
2
3
4
5
6
7
8
Peringkat Kementerian Pengajian Tinggi bersama Industri
Bengkel CAP PSPTN Industri-Akademia (IA) Kebangsaan 2011 (SIRI 2)
Bengkel Untuk Membincangkan Pemurnian Rangka Kerja (Framework) bagi
Program Kerjasama Konsortium Universiti-Industri
High End Industries Graduate Intership Program (HEIGIP)
Lab-Agenda Kritikal Industri Akademia dan Graduate Employability
Asia Pacific University - Community Engagement Network (APUCEN) Summit
High-End Industries Graduate Internship Program (HEIGIP)
Bengkel Capacity Building Programme for University Technology Transfer
Officers and Start-Up CEO in Academic Entrepreneurship, Innovation and
Commercialisation
Mesyuarat Majlis Perundingan Akademia-Industri dan Majlis Pelancaran
Kecemerlangan Industri (Industry Centre of Excellence - I CoE)
28 Feb
25 - 27 April
5 Mei
26 Mei
3 - 14 Jul
29 Jul
18 - 19 Ogos
8 Dis
1...,89,90,91,92,93,94,95,96,97,98 100,101,102,103,104,105,106,107,108,109,...143
Powered by FlippingBook