Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 96

95
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Kursus/Seminar Pegawai Kadet Di Luar Negara
Pada Tahun 2012, universiti ini telah menghantar 4 Pegawai Kadet bagi menghadiri kursus/seminar
ketenteraan di luar negara.
a. T 3013519 Pegawai Kadet Suhanraj A/L Rajasegraran (pengambilan 2011) menjalani kursus pegawai
kadet di United States Military Academy (USMA), mulai 15 Jun 2012 Mac hingga 8 July 2015.
b. N/405552 Pegawai Kadet Chan Jun Kwan (pengambilan 2012) menjalani latihan pegawai kadet di United
States Naval Academy (USNA), mulai 01 Jun 2012 hingga 13 Jan 2016
c. T 3013561 Pegawai Kadet Syed Faris Al Sagoff bin Syed Faisal (pengambilan 2011) menjalani kursus
pegawai kadet di Australian Defence Force Academy (ADFA), mulai 31 Ogos 2012 Mac hingga 1 Jun 2016.
d. T 375125 Pegawai Kadet Muhammad Faiz bin Dzafarulah (pengambilan 2011) menjalani kursus pegawai
kadet di Australian Defence Force Academy (ADFA), mulai 31 Ogos 2012 Mac hingga 1 Jun 2016.
Ketenteraan
Istiadat Ketenteraan
a. Pentauliahan Diraja
Pegawai Kadet UPNM yang tamat latihan
ketenteraan dan pengajian akademik di UPNM
pada tahun 2012 ialah seramai 297 orang
Pegawai Kadet. Mereka terdiri daripada Pegawai
Kadet Pengambilan 2006 seramai 32 orang,
Pegawai Kadet Pengambilan 2007 seramai
93 orang dan Pegawai Kadet Pengambilan
2008 seramai 172 orang. Pegawai-Pegawai
Kadet ini telah mengikuti pelbagai jurusan
sepanjang pengajian mereka di UPNM seperti
Jurusan Kejuruteraan, Jurusan Sains Komputer,
Pengurusan Teknologi dan Pembangunan
Sumber Manusia. Perbarisan Pentauliahan Di
Raja telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan
Agung bertempat di Dataran PTD manakala
Pengurniaan Watikah Tauliah disempurnakan di
Dewan Tun Templer, MTD pada 2 Februari 2013.
b. Majlis Makan Malam Rejimental
Acara Majlis Makan Malam Rejimental sempena Pentauliahan Pegawai Kadet Tahun 2012 telah diadakan
pada 3 Februari 2013 bertempat di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.
1...,86,87,88,89,90,91,92,93,94,95 97,98,99,100,101,102,103,104,105,106,...172
Powered by FlippingBook