Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 98

97
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Ketenteraan
LATIHAN
Pengurusan Latihan Ketenteraan
Bagi memenuhi keperluan ketiga-tiga perkhidmatan, konsep latihan dan silibus matapelajaran
dikonsolidasikan bersama Bahagian Operasi dan Latihan MK ATM, MK Latihan TD, MK Pendidikan Laut dan
MK Pendidikan Udara.
Validasi Dalaman dan Luaran
Cawangan Pembangunan dan penyelidikan telah melaksanakan validasi dalaman bagi setiap latihan
terhadap Pegawai Kadet yang mengikuti Latihan Ketenteraan di luar kawasan UPNM terutamanya di Kem
Kongkoi, Jelebu Negeri Sembilan dan juga yang diadakan di Mempaga, Pahang. Validasi ini dilaksanakan untuk
mendapatkan maklumbalas mengenai keberkesanan latihan ketenteraan Pegawai Kadet, keberkesanan
kejurulatihan, aspek pentadbiran dan logistik.
Latihan Ketenteraan Tahun 2012
Laporan Bahagian Latihan Ketenteraan (BLK) tahun 2012 merangkumi latihan ketenteraan yang telah
dilaksanakan mulai Januari 2012 sehingga Disember 2012.
Latihan Ketenteraan Tahun 2012
Latihan
Tunas Wira
Ujian
Kecergasan
Jasmani
Sukan
Ketenteraan
Latihan
Ketenteraan
Umum
Latihan
Ketenteraan
Perkhidmatan
Latihan
Ketenteraan
Tahun Akhir
TTS
Latihan Ketenteraan Tahun 2012
Latihan Tunas Wira (LTW)
Latihan Tunas Wira telah dilaksanakan khusus kepada BPK Universiti Pertahanan Nasional Malaysia bagi
pengambilan Tahun 2012. Latihan ini telah dilaksanakan secara intensif dalam jangkamasa 6 minggu iaitu
mulai 20 Mei hingga 24 Jun 2012. Latihan ini membabitkan seramai 500 orang Bakal Pegawai Kadet. LTW
dilaksanakan untuk menukar watak bakal Pegawai Kadet dari aspek sikap dan perwatakan awam kepada
tentera terutama di dalam menepati masa dan kepatuhan kepada arahan-arahan pihak atasan disamping
membina kekuatan fizikal dan mental melalui kaedah peningkatan secara berkala.
(1) Latihan Ketenteraan Umum (LKU)
Latihan ketenteraan ini dilaksanakan untuk Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
bagi Tahun Asasi, Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4. Kelas ketenteraan telah dibahagikan
mengikut tahun pengambilan Pegawai Kadet. Latihan Ketenteraaan ini dilaksanakan dalam 2 semester
sepanjang tahun 2012 dan juga pada sebelah petang hari Jumaat dan hari Sabtu pada setiap minggu
semasa semester akademik.
1...,88,89,90,91,92,93,94,95,96,97 99,100,101,102,103,104,105,106,107,108,...172
Powered by FlippingBook