Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 99

98
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Ketenteraan
(2) Latihan Ketenteraan Perkhidmatan (LKP)
Latihan Ketenteraan Perkhidmatan (LKP) dilaksanakan bagi Pegawai Kadet Pengambilan 2009 (Tahun
2) dan Pegawai Kadet 2010 (Tahun 1) di pusat-pusat latihan perkhimatan iaitu Pegawai Kadet Darat
akan menjalani latihan di Kolej Tentera Darat (KTD) dan Pegawai Kadet Tentera Laut akan menjalani
latihan di Kapal Diraja Sultan Idris 1 (KDSI 1) sementara Pegawai Kadet Tentera Udara menjalani latihan
di UPNM. Jangkamasa latihan adalah selama 4 minggu bermula dari 25 Jun hingga 20 Jul 2012. Latihan
akan dilaksanakan berpandukan kepada Rancangan Pengurusan Latihan (RPL) setiap pusat latihan
perkhimatan iaitu KTD, KDSI dan KTU.
(3) Latihan Ketenteraan Tahun Akhir (LKTA)
Latihan Ketenteraan Tahun Akhir (LKTA) adalah latihan untuk Pegawai Kadet Tahun Akhir UPNM yang
telah dilaksanakan selama 6 bulan mulai 15 Julai 2012 hingga 31 Disember 2012. Latihan ini melibatkan
Pegawai Kadet Pengambilan 2006, 2007 dan 2008. Tahap pencapaian Pegawai Kadet akan diuji untuk
menentukan kelayakan mereka sebelum layak ditauliahkan sebagai seorang Pegawai Muda dalam
Angkatan Tentera Malaysia. Seramai 297 Pegawai Kadet UPNM telah terlibat di dalam latihan ini.
Pecahan tersebut adalah seperti di jadual 6.4.
Eksesais/Aktiviti Ketenteraan
Sepanjang tahun 2012, Pegawai Kadet
telah diwajibkan menghadiri eksesais
yang dijalankan di kolej perkhidmatan
masing-masing.Selain itu, Pegawai
Kadet Tahun Akhir telah didedahkan
dengan Demontrasi Kuasa Tembakan
Senjata Bantuan yang telah diadakan
di Gemas pada 30 Jun 2012. Aktiviti
ini
diadakan
untuk
memberi
pendedahan kepada Pegawai Kadet
Universiti
Pertahanan
Nasional
Malaysia terhadap keupayaan senjata
bantuan yang digunakan di dalam
Tentera Darat Malaysia.
Sukan Ketenteraan
Sukan ketenteraan adalah salah satu
aktiviti yang dilaksanakan di Universiti
Pertahanan
Nasional
Malaysia.
Sukan ketenteraan merupakan salah
satu kriteria bagi sesebuah batalion
dinobatkan
Anugerah
Batalion
Diraja UPNM. Gambarajah 6.3 dan
6.4 menerangkan aktiviti sukan
ketenteraan dan pencapaian Pegawai
Kadet.
Bil
Perkhidmatan
Lelaki
Wanita
Jumlah
Catatan
1
2
3
LKTA di KTD
LKTA di KTU
LKTA di KDSI 1
168
78
51
297
22
10
1
33
146
68
50
264
Darat
Udara
Laut
Jumlah
Jadual 6.4
Pecahan Pegawai Kadet Tahun Akhir mengikut Perkhidmatan
Keputusan Pertandingan Sukan Ketenteraan yang dilaksanakan
pada tahun 2012
gambar rajah 6.3
1...,89,90,91,92,93,94,95,96,97,98 100,101,102,103,104,105,106,107,108,109,...172
Powered by FlippingBook