PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGI BERSAMA PEPPER LABS BAGI PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KECERDASAN BUATAN (AI) UNTUK MAHASISWA/MAHASISWI UPNM

14 JANUARI 2026 | Sesi perbincangan bersama Pepper Labs telah dilaksanakan bagi membincangkan cadangan pelaksanaan latihan kecerdasan buatan (AI) secara percuma kepada pelajar UPNM.
Sesi ini memberi fokus kepada peluang peningkatan kemahiran digital dan pendedahan awal pelajar terhadap teknologi AI selaras dengan keperluan industri semasa. Inisiatif ini diharapkan dapat menyokong pembangunan bakat pelajar UPNM serta memperkukuh elemen kemahiran masa hadapan dalam kalangan graduan.


