Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 104

103
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
pusat kecemerlangan
1.4 Program Pembangunan Kepimpinan Tunas Akademia 2011
Pusat Kepimpinan dan Pembangunan Profesional dan Pusat Pembangunan Akademik
UPNM telah diberi kepercayaan daripada AKEPT sebagai urusetia bagi menganjurkan
Program Pembangunan Kepimpinan Tunas Akademia 2011 yang diadakan dalam tiga (3)
siri mulai November - Disember 2011. Para peserta terdiri daripada para pensyarah muda
IPTA dari peringkat Zon Tengah iaitu UPM, UM, UiTM, UIAM, UKM termasuk UPNM. Program
ini merupakan lonjakan kepada pembangunan sahsiah para pensyarah muda dalam usaha
meningkatkan kecemerlangan ilmu dan kepimpinan akademik berdaya saing dalam bidang
justeru melahirkan para akademik minda kelas pertama.
2.0 Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (CDISS)
Penyelidikan diberi keutamaan di universiti ini memandangkan ia merupakan strategi kedua di dalam Pelan
Strategik UPNM. Oleh itu pihak universiti mengambil inisiatif bagi mewujudkan pusat penyelidikan dalam
usaha untuk membudayakan penyelidikan kepada staf akademik universiti. Pusat Pengajian Pertahanan
dan Keselamatan Antarabangsa (CDISS) telah ditubuhkan pada bulan Januari 2009. Penubuhannya adalah
sebagai memenuhi hasrat dan keperluan agar UPNM mempunyai sebuah pusat penyelidikan khas di dalam
bidang pertahanan dan keselamatan yang berperanan untuk membantu kerajaan dalam merangka serta
menggubal agenda pertahanan dan keselamatan negara.
Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (CDISS) merupakan satu-satunya institusi
penyelidikan yang akan mengendalikan program pasca siswazah di peringkat sarjana dan doktor falsafah
khusus dalam bidang berkaitan strategi pertahanan dan keselamatan. Oleh kerana Pusat Pengajian
Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (CDISS) mempunyai
niche
nya yang tersendiri, maka ia tidak
akan melaksanakan kajian atau program yang bertindih dengan institusi pendidikan tinggi yang lain. Pusat
Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (CDISS) juga menumpukan bidang-bidang yang
telah dikenal pasti merupakan pelaburan strategik jangka masa panjang dalam melahirkan tenaga pakar
yang mampu menyokong kepentingan strategi pertahanan dan keselamatan negara serta global.
Antara agensi-agensi yang telah dikenal pasti untuk penyelidikan secara usaha sama ialah:
• Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT)
• Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF)
• Institut Pengajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS)
• Institut Maritim Malaysia (MIMA)
• Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Malaysia (IDFR)
• Universiti-universiti tempatan
• Agensi penyelidikan dalam dan luar negara
1...,94,95,96,97,98,99,100,101,102,103 105,106,107,108,109,110,111,112,113,114,...143
Powered by FlippingBook