Accessibility Tools

Image

Select your language

Akademi Latihan Ketenteraan

Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) peneraju latihan dan pembentukan pegawai berkualiti

Akademi Latihan Ketenteraan

Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) adalah merupakan satu organisasi yang menguruskan hal-hal ketenteraan serta melatih Pegawai Kadet dan PALAPES UPNM. Di sinilah kehidupan seorang pegawai kadet dilatih dan dibimbing oleh jurulatih yang dipertanggungjawabkan dalam membentuk sahsiah dan jati diri pegawai kadet itu menjadi Intelectual Leaders of Character.

ALK juga berperanan dalam mengeluarkan seorang pegawai tentera yang berilmu, berakhlak mulia dan mengamalkan budaya tentera selaras dengan wawasan dan misi ALK. Sebagai sebahagian tonggak utama kepada UPNM, ALK berperanan untuk membantu universiti mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang dalam membentuk universiti ini menjadi universiti yang unik atau Boutique University.

Brig Jen Dato' Mohamad Noorlizam Bin Shamsuddin
Brig Jen Dato' Mohamad Noorlizam Bin ShamsuddinKomandan
Image

Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA kemudian diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 Nov 2006.

Walaupun UPNM memulakan pengambilan kumpulan pertama pelajarnya pada sesi 2007/2008, sebenarnya ia telah mempunyai pengalaman mengendalikan program pengajian di peringkat Sarjana Muda selama 11 tahun iaitu dari tahun 1995 hingga 2006 melalui program kerjasama antara Kementerian Pertahanan dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di mana seramai lebih kurang 1017 graduan telah dikeluarkan dalam tiga bidang yang merangkumi Kejuruteraan, Sains dan Pengurusan. Disamping memperoleh kelayakan profesional, semua graduan telah ditauliahkan sebagai Pegawai ATM dan mereka sedang berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera Darat, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia.

UPNM telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 21 Jun 2006 bagi mengeluarkan graduan tentera dan awam untuk keperluan pertahanan negara. Perintah perbadanan UPNM telah dikeluarkan pada 6 Nov 2006 untuk memulakan pengajian akademik sesi 2007/2008. Bagi pengambilan siswa baru sesi 2007/2008 seramai 550 siswa melapor untuk Program Asasi Pertahanan yang terdiri 121 siswa awam dan 350 siswa tentera. Sementara itu, untuk program sarjana muda seramai 130 siswa awam dan 297 siswa Asasi Pertahanan mengikuti program sarjana muda di bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi serta Pengurusan dan Pengajian Pertahanan.

Bagi memulakan pengajian sesi 2007/2008, UPNM telah menubuhkan 3 buah fakulti di samping Pusat Asasi Pertahanan iaitu Fakulti Kejuruteraan Pertahanan, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan serta Fakulti Pengurusan dan Pengajian Pertahanan.

Program akademik yang ditawarkan di fakulti adalah setanding dengan IPTA luar dan dalam negara. Program ini akan dapat menarik minat pelajar kerana ia menyediakan kurikulum yang merangkumi bidang sains dan teknologi pertahanan yang berbentuk hands on. Pengetahuan yang diperolehi boleh diaplikasi kepada aset pertahanan negara seperti kapal tentera laut, pesawat udara dan peralatan ketenteraan dalam ATM. Di samping itu, ia dapat diaplikasikan dalam sektor perindustrian yang berteraskan sains dan teknologi terkini.

Akademik, Atribut dan Sikap
Image

Visi

Visi Akademi Latihan Ketenteraan adalah untuk melahirkan Pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang berilmu, berakhlak mulia, mengamalkan budaya tentera, cekap dan dapat menyumbangkan tenaga ke arah pembangunan pertahanan negara.

Misi

Misi Akademi Latihan Ketenteraan adalah untuk mempertingkatkan bilangan pegawai tentera yang berpendidikan tinggi berteraskan budaya ketenteraan, memperluas dan mempertingkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan pertahanan negara

Objektif

  • Memberi pelajaran dan latihan kepada Pegawai Kadet dalam tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pegawai muda di dalam pasukan.
  • Membina ciri-ciri penting ketenteraan, menanam semangat berdisplin, taat setia dan kegigihan terhadap tugas.
  • Memberi pengetahuan ketenteraan yang asas.
  • Membina kecergasan jasmani.
Akademik, Atribut dan Sikap
Image
Mahkota - Menjunjung Kuasa Yang Dipertuan Agong
Buku - Melambangkan Ilmu
Perkataan ALK Singkatan bagi Akademi Latihan Ketenteraan
Perisai - Menunjukkan Pertahanan
Bunga Padi - Melambangkan Kemewahan
Tiga Warna dan Logo ATM - Melambangkan Tiga Perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia
Warna Kuning - Warna Diraja

 

Akademik, Atribut dan Sikap
Image

ALK berperanan sebagai satu sel daripada organisasi besar UPNM. ALK juga bertanggungjawab untuk melatih Pegawai Kadet dalam bidang ketenteraan dan secara strategiknya mengekalkan hubungan dengan stake holder iaitu Kementerian Pertahanan (MINDEF).

  • Fungsi Mendatar (Horizontal).
    Tanggungjawab ini akan merangkumi semua aspek pentadbiran di dalam dan luar waktu kerja. Aspek ini akan dipertanggungjawabkan kepada staf dan jurulatih kompeni serta kepada para Pemegang Pangkat Pegawai Kadet. Perlaksanaannya meliputi bidang kawalan dalam Kompeni masing-masing. Semua Jurulatih Kompeni akan mengawasi dan membimbing mereka dalam melaksanakan tugas.
  • Fungsi Menegak (Vertical).
    Tanggungjawab ini menitikberatkan aspek keperluan latihan meliputi perkara G,A dan Q. Untuk memikul dan melaksanakan tanggungjawab ini semua cawangan dalam bahagian ini akan menyelaras keperluan latihan semasa.
Akademik, Atribut dan Sikap

Pegawai Kadet di ALK, UPNM akan menerima latihan ketenteraan dan dinilai sebilang masa oleh jurulatih yang berkelayakkan mengikut kategori di bawah:

a

Ujian Kecergasan Asas (UKA)

b

Ujian Kemahiran Tempur (UKT)

c

Ujian Kelayakan dan Kemahiran Individu (UKKI)

d

Tempur Tanpa Senjata (TTS)

e

Sukan Ketenteraan

f

Kualiti Kepimpinan

g

Wakil Sukan

h

Wakil Aktiviti

i

Body Mass Index (BMI)

Akademik, Atribut dan Sikap

Akademi Latihan Ketenteraan komited untuk memberi kepuasan pelanggan seperti berikut:

1

Maklumat Program

ALK adalah menyelaras menyatukan dan melaksanakan latihan Pegawai Kadet ketiga-tiga perkhidmatan. ALK yang diketuai oleh Komandan ALK bertindak sebagai penasihat kepada Naib Canselor dari sudut ketenteraan terutamanya dalam aspek latihan, perundangan tentera dan perkara yang melibatkan polisi serta arahan dari MK ATM.

2

Latihan dan Validasi

Nilai keperibadian seseorang Pegawai Kadet yang bakal menjadi pemimpin bergantung kepada sejauh mana kekuatan, keupayaan dan kemampuan ALK membimbing Pegawai Kadet (termasuk pegawai kadet PALAPES), menyelaras dan melatih Pegawai Kadet secara in house berdasarkan hasil penyelidikan Rancangan Pengurusan Latihan (RPL) yang dikeluarkan. Dengan itu, keberkesanan latihan dan kelemahan-kelemahan dapat diukur melalui validasi serta diperbaiki dari semasa ke semasa.

3

Badan Perhubungan dan Informasi

ALK merupakan satu sel articulation yang mampu menyalurkan informasi antara polisi KPT – ATM untuk diimplementasikan di institusi ini sama ada dari aspek bermulanya pemilihan sebagai Pegawai Kadet, pemberhentian, perundangan, protokol, peruntukan kewangan KEMENTAH, arahan-arahan semasa dan retention of military interest.

4

Pembangunan Latihan Ketenteraan

Kajian terhadap silibus-silibus yang didedahkan di pusat latihan ATM dapat diselaraskan dengan modul yang didedahkan kepada Pegawai Kadet selari dengan standard yang diperlukan oleh perkhidmatan atau di dalam masa yang sama kajian yang dihasilkan oleh universiti ini akan boleh diketengahkan untuk dilaksanakan di pusat-pusat latihan ATM secara vice versa.

5

Fungsi dan Peranan

ALK berperanan sebagai sel yang menyokong kepada falsafah, visi dan misi UPNM di dalam melahirkan generasi pemimpin yang berintelektual da mempunyai nilai kepimpinan yang berwibawa di samping itu turut melaksanakan tanggungjawab terhadap dasar-dasar ATM kepada staf tentera dan Pegawai Kadet di UPNM.

Akademik, Atribut dan Sikap
Image

Akademi Latihan Ketenteraan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 KUALA LUMPUR

: 03-40143753 (MK Tadbir)
: 03-40143769 (Bahagian Latihan Ketenteraan)
: 03-40143757 (Faks)
: alkupnm@gmail.com

HUBUNGI KAMI 

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur 

  • dummy+06 03-9051 3400

  • dummy webmaster@upnm.edu.my

PELAWAT 

  • Hari Ini 35
  • Semalam 1613
  • Minggu Ini 3189
  • Bulan Ini 7208
  • Jumlah 10297
Image
Image
Image

Search