Accessibility Tools

Image

Select your language

Pelan Strategik UPNM30

Memacu Kesarjanaan, Kepimpinan Masa Hadapan

Kenali UPNM30

Pelan Strategik UPNM30 (2025-2030) menghimpunkan aspirasi, visi dan hala tuju Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bagi tempoh lima tahun akan datang. Pelan Strategik UPNM30 dirangka berasaskan falsafah H.E.L.A.N.G: Holistik, Etika, Legasi, Adaptasi, Naratif dan Gagasan yang menjadi teras kepada semua Tindakan strategik universiti. H.E.L.A.N.G melambangkan ketajaman visi,kekuatan semangat dan kemampuan universiti untuk terbang tinggi di persada nasional dan antarabangsa.

Muat turun: Logo UPNM30Logo UPNM30 (Putih)

 

Empat Tiang

Menggambarkan empat teras utama Pelan Strategik:

  • Kesarjanaan

  • Pusat Kecemerlangan

  • Penjanaan

  • Tadbir Urus

Keempat-empat teras ini diharmonikan sepenuhnya dengan falsafah HELANG.

Unsur Sirkut Digital

Melambangkan transformasi digital, kecerdasan buatan (AI) dan kesalinghubungan global; menunjukkan relevansi Pelan Strategik UPNM30 dengan era Revolusi Industri 4.0 dan kemajuan teknologi masa kini.

Akronim UPNM

Mengekal reka bentuk font logo rasmi UPNM bagi menjamin kesinambungan identiti dan imej korporat universiti.

logo-upnm30-rgb.png

Simbol “30”

Mewakili sasaran utama Pelan Strategik UPNM 2025-2030 dan komitmen universiti untuk mencapai status universiti bertaraf dunia menjelang tahun 2030.

Tagline

Memacu Kesarjanaan, Kepimpinan Masa Hadapan” — meringkaskan misi utama Pelan Strategik 2025-2030.

Falsafah HELANG,
Anak Panah dan Trajektori

Falsafah HELANG

Helang tetap menjadi pendokong utama warga UPNM, melambangkan visi, keberanian dan kepimpinan strategik sepanjang pelaksanaan Pelan Strategik UPNM 2025-2030.

Anak Panah & Trajektori

Anak panah yang bermula dari paruh helang menggambarkan trajektori kejayaan yang menjulang tinggi dalam merealisasikan wawasan universiti hingga tahun 2030.

PENJELASAN PEMILIHAN WARNA DAN KOD WARNA 

color9.png

Merah Gradien: Keberanian tinggi, semangat juang, pengorbanan dan dedikasi pertahanan, tenaga transformasi agresif, kepimpinan berani dan revolusioner, penzahiran ketenteraan moden | Menyerlahkan aspirasi UPNM menjadi universiti dalam domain ketenteraan bertaraf dunia yang penuh semangat, tidak kenal kalah dan sedang mengejar kecemerlangan menjelang 2030.

Kod Warna:

CMYK: C=15 M=100 Y=90 K=10 RGB: R:190 G:30 B:45

CMYK: C=0 M=100 Y=100 K=0 RGB: R:204 G:51 B:51

CMYK: C=0 M=100 Y=100 K=0 RGB: R:204 G:51 B:51

color11.png

Biru: Kepercayaan, integriti tinggi, profesionalisme ketenteraan, kesetiaan kepada negara dan kepimpinan berwibawa | Menguatkan identiti ketenteraan UPNM serta nilai teras institusi.

Kod Warna:

CMYK: C=90.2 M=80 Y=26 K=42 RGB: R:35 G:47 B:88

color10.png

Kelabu: Ketabahan, kestabilan tadbir urus, kebijaksanaan strategik, kematangan visi jangka panjang dan adaptasi era baharu | Mewakili tadbir urus yang mantap dan kelangsungan Pelan Strategik UPNM30.

Kod Warna:

CMYK: C=0 M=0 Y=0 K=30 RGB: R:188 G:190 B:192

Teras Pelan Strategik

01 Kesarjanaan

01 Kesarjanaan

Kecemerlangan akademia yang terserlah melalui sumbangan yang bermakna kepada pengkayaan ilmu pengetahuan menerusi penyelidikan dan penerbitan, pemikiran yang kritis dan inovatif serta pemeliharaan integrity akademik yang tinggi.

02 Pusat Kecemerlangan
02 Pusat Kecemerlangan

Pusat rujukan utama dalam hal ehwal pertahanan negara dengan menyediakan kepakaran, analisis strategik, inovasi teknologi terkini dan juga pengukuhan pusat kecemerlangan sukan sebagai nadi pembentukan sahsiah, disiplin dan perpaduan mahasiswa.

03 Penjanaan
03 Penjanaan

Aktiviti dan sumber yang menyumbang kepada pengukuhan kewangan universiti melalui inisiatif-inisiatif strategik.

04 Tadbir Urus
04 Tadbir Urus

Amalan terbaik dijadikan teras utama dalam memastikan keberkesanan pengurusan institusi yang cekap dan berintegriti.

Montaj Peluncuran
UPNM30

Buku Pelan Strategik
UPNM30

Rancangan Pendidikan
Tinggi Malaysia

HUBUNGI KAMI 

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur 

  • dummy+06 03-9051 3400

  • dummy webmaster@upnm.edu.my

PELAWAT 

  • Hari Ini 868
  • Semalam 1541
  • Minggu Ini 2409
  • Bulan Ini 6428
  • Jumlah 9517
Image
Image
Image

Search