Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Akademik dan Antarabangsa)
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bertangungjawab menerajui pentadbiran dan pengurusan universiti khususnya bagi portfolio akademik dan antarabangsa. Bagi skop akademik, beliau mempunyai peranan dalam meningkatkan pembangunan polisi akademik, menambah-baik kualiti pengajaran dan pembelajaran serta memastikan jaminan kualiti program akademik agar sentiasa unggul dan berdaya saing. Selain itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bertanggungjawab ke atas perkembangan dan promosi hal ehwal antarabangsa serta urusan pengantarabangsaan universiti.
Selain itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) juga menyokong Naib Canselor dalam menggerakkan kepimpinan universiti ke arah mancapai matlamat strategik universiti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta pengantarabangsaan. Ini termasuklah pengayaan pengalaman pelajar dalam menimba ilmu, pelaksanaan pembangunan professional yang berterusan bagi pegawai akademik universiti. Peranan utama yang diberikan penekanan adalah pembangunan rangka kerja dan polisi yang menyokong matlamat strategik universiti serta memberi panduan dan sokongan kepada fakulti dan PTJ lain dalam mencapai matlamat berkenaan.

Norhana binti Abdul HalimTimbalan Naib Canselor
(Akademik dan Antarabangsa)


