Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 112

111
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
pembangunan
sumber maklumat
pembangunan sumber maklumat
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (PTMK)
Peranan ICT bukan lagi setakat menyokong pengurusan organisasi, malah perlu lebih meluas iaitu sebagai
rakan strategik organisasi dalam mempertingkatkan kecekapan pengurusan sumber manusia dan juga
sistem penyampaian bisnes organisasi. Justeru itu, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK)
telah ditubuhkan pada akhir tahun 2006 dan pada masa itu diletakkan di bawah Pentadbiran Canselori.
Pada tahun 2011, PTMK telah mula beroperasi sepenuhnya di bangunan baharu yang dilengkapi dengan
kemudahan dan prasarana yang lengkap seperti Bilik Kawalan Rangkaian, Pusat Data, Bilik Mesyuarat,
Bilik Perbincangan, Makmal Komputer, Makmal Multimedia, Makmal UAT, Stor peralatan komputer serta
rangkaian, Bilik Persidangan Video, bilik-bilik pegawai, dan ruangan bekerja.
1.0 Sistem Rangkaian UPNM
Unit Rangkaian merupakan antara bahagian terpenting dalam memberikan perkhidmatan sokongan ICT
kepada warga UPNM. Perkhidmatan yang disediakan pula adalah menyokong teras utama aktiviti universiti
dalam aspek pengurusan, pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi.
Perkhidmatan rangkaian yang disediakan oleh unit ini boleh diumpamakan sebagai lebuh raya yang
menghubungkan ke semua destinasi pengguna. Sekiranya terputus hubungan maka pengguna akan
gagal ke destinasi dan akan menyebabkan proses kerja atau capaian kepada sistem-sistem aplikasi juga
tergendala. Ini menggambarkan betapa pentingnya perkhidmatan rangkaian kepada semua warga UPNM
dalam melaksanakan aktiviti harian mereka.
Unit Rangkaian PTMK menyediakan prasarana bagi dua (2) jenis teknologi rangkaian bagi kemudahan
pengguna di dalam UPNM iaitu:
Rangkaian
Kawasan
Rangkaian Berwayar
(wired network)
Rangkaian Wayarles
(wireless network)
Keseluruhan kawasan pentadbiran UPNM, Makmal Komputer, Pusat
Kesihatan, Bilik Pensyarah, Perpustakaan, Asrama Pelajar, Bangunan
Perpustakaan, Bangunan PTMK, Bengkel, Makmal Komputer, Bilik
Mesyuarat, Bilik Kuliah dan Dewan Kuliah.
45 hingga 60 peratus bangunan dan kawasan kampus diliputi
perkhidmatan rangkaian wayarles.
Bangunan-bangunan tersebut adalah Bangunan Canselori, Bangunan
Bestari, Bangunan Kejuruteraan Awam, Bangunan Kejuruteraan Mekanikal-
Elektrikal, Asrama Tuah, Asrama Srikandi, Asrama Satria, Asrama Perwira,
Dewan Pendekar dan Dewan Bestari.
PTMK akan memanjangkan/meningkatkan perkhidmatan rangkaian
wayarles sedia ada ke kawasan luar bangunan (out-door) pada tahun 2012
yang akan datang.
Kawasan yang telah dikenal pasti adalah seperti padang permainan,
Pavilion, Kompleks Renang, Pondok/ Wakaf, Cafeteria dan lain-lain.
1...,102,103,104,105,106,107,108,109,110,111 113,114,115,116,117,118,119,120,121,122,...143
Powered by FlippingBook