Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 109

108
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
pusat kecemerlangan
3.5 LANGKAWI INTERNATIONAL MARITIME AND AEROSPACE EXHIBITION LIMA 2011
CODRAT telah menyertai pameran
Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition
LIMA
2011 yang dilangsungkan pada 6 hingga 10 Disember 2011 di Langkawi, Kedah. Selain projek
penyelidikan yang dihasilkan oleh universiti, terdapat dua syarikat luar yang terlibat sama dalam
menjayakan pameran penyelidikan di bawah nama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia iaitu
Syarikat Kaymarine Sdn Bhd dan Global Marine Technologies Sdn Bhd. Kedua-dua syarikat ini telah
menandatangani memorandum perjanjian dengan universiti untuk melaksanakan penyelidikan dalam
bidang Sains dan Teknologi Maritim pada 27 Julai 201. Antara produk penyelidikan yang terlibat
ialah
Fast Medical Intervention Watercraft
(UPNM-Kaymarine Sdn Bhd), NIMA-STANDS (UPNM-Global
Marine Technologies Sdn Bhd) dan
Search And Rescue Tactical Management Systems
(UPNM-Fakulti
Sains Teknologi Pertahanan). Sepanjang penglibatan universiti dalam pameran ini telah memberikan
pendedahan yang baik dalam usaha mengetengahkan hasil penyelidikan untuk digunapakai oleh
agensi pertahanan dan keselamatan dalam negara. Walaupun penyelidikan ini masih diperingkat
awal, namun penglibatan UPNM dalam pameran bertaraf antarabangsa ini telah menaikkan jenama
UPNM dan membuka potensi kepada permintaan industri luar yang turut menunjukkan minat kepada
produk UPNM.
1...,99,100,101,102,103,104,105,106,107,108 110,111,112,113,114,115,116,117,118,119,...143
Powered by FlippingBook