Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 123

122
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Allahyarham Tun Ibrahim Bin Ismail merupakan penerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengajian
Strategik) dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) semasa Konvokesyen Pertama
UPNM pada 10 Oktober 2010. Pemilihan nama Perpustakaan Tun Ibrahim juga adalah berdasarkan
sumbangan Allahyarham Tun Ibrahim di dalam dunia penulisan sehingga terhasilnya dua buah buku
yang menghimpunkan pengalaman-pengalaman beliau dan menjadi rujukan penting dalam dunia
ketenteraan. Hasil karya pertama, “Sudahkah Kamu Bertemu Mariam?” yang diterbitkan pada tahun
1984 menceritakan pengalaman Jeneral Tun Ibrahim ketika Perang Dunia Kedua. Manakala, karya kedua
berjudul “Ibrahim, Pahlawan Melayu” mengandungi seluruh kisah kerjaya Allahyarham Jeneral Tun Ibrahim
ketika era menjelang kemerdekaan hinggalah Allahyarham bersara.
Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim telah ditubuhkan pada November 2006 dengan menggunakan nama
Perpustakaan Universiti Pertahanan Nasional (UPNM). Ia adalah kesinambungan dari Perpustakaan
Akademi Tentera Malaysia (ATMA) yang ditubuhkan pada Mei 1995. Perpustakaan UPNM yang dahulunya
terletak di Bangunan Bestari di Aras 4 & 5 dengan keluasan 16,920 kaki persegi. Namun pada 10 Januari
2011, Perpustakaan UPNM telah berpindah ke bangunan baharu. Bangunan Perpustakaan setinggi 3 ½
tingkat dengan keluasan 25,000 kaki persegi kemampuan menampung seramai 800 orang pengguna.
Bangunan Baharu ini adalah kesinambungan daripada perlaksanaan Projek Bangunan Akademi Tentera
Malaysia (ATMA) pada tahun 2005 di bawah Rancangan Malaysia Ke-9.
Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim sehingga kini telah mempunyai lebih 124,832 naskah bahan bercetak,
2,042 e-book, 18,098 e-jurnal dengan 128 judul terbitan bersiri beserta 16 pangkalan data. Sehingga kini,
jumlah kakitangan Perpustakaan ialah seramai 28 orang termasuk 7 orang dari Kumpulan Pengurusan dan
Profesional maka selebihnya dari Kumpulan Sokongan.
perpustakaan jeneral tun ibrahim
1...,113,114,115,116,117,118,119,120,121,122 124,125,126,127,128,129,130,131,132,133,...143
Powered by FlippingBook