Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 119

118
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
pembangunan sumber maklumat
6.4.1 Kekuatan Bahagian Sistem Maklumat Bersepadu dan Pembangunan Aplikasi
Jawatan
Bilangan
Pegawai Teknologi Maklumat F44
Pegawai Teknologi Maklumat F41
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
1
3
4
6.4.1.1 Cabaran bahagian
Antara cabaran yang dihadapi oleh bahagian ini adalah:
• Teknologi ICT yang cepat berubah
• Mendapatkan latihan yang secukupnya agar kakitangan mengikuti
perubahan terkini ICT
• Pengurusan maklumat yang besar
• Permintaan sistem baru yang tinggi dari pelbagai pihak di UPNM
• Spesifikasi sistem yang berubah termasuk perubahan polisi
• Pengguna yang ramai
• Keselamatan data dan maklumat
7.0 Pengajaran dan Pembelajaran (e-learning)
Berdasarkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), projek agenda kritikal (CAP) e-pembelajaran
telah diletakkan sebagai teras utama pendidikan negara dan merupakan sebahagian daripada KPI universiti.
Portal e-Pembelajaran (e-Learning) UPNM merupakan satu Sistem Pengurusan Pembelajaran yang direka
untuk memudahkan proses pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar. Melalui sistem ini, pemilik
portfolio boleh memberikan pengajaran dan latihan secara dalam talian dan ia boleh dicapai di dalam dan
di luar kampus UPNM.
Bagi memastikan perjalanan dan penggunaan portal berjalan lancar, satu Jawatankuasa Teknikal
e-Pembelajaran Universiti di peringkat jabatan telah ditubuhkan bagi memantau dan menyelenggara
keperluan portal tersebut dari sudut teknikal.
8.0 Perkhidmatan lain/ Penglibatan PTMK
(selaku Urus setia/ Badan Profesional/ Pengiktirafan dalam atau luar)
8.1 UPNM Tech Day 2011
PTMK telah menganjurkan ‘UPNM Tech Day’ dengan kerjasama Syarikat Felda Prodata System
Sdn Bhd, Starza Corporation Sdn Bhd, Hewlett Packard Malaysia dan Dell Malaysia pada 2 Jun
2011. UPNM Tech Day terbuka penyertaannya kepada semua warga UPNM terutamanya kepada
pengguna PC Dell & Notebook HP. Ianya juga merupakan usaha PTMK ke arah perkongsian
maklumat teknologi terkini ICT bersama warga UPNM.
8.2 Urusetia Penghantaran Data ke Sistem MyMOHES, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
PTMK merupakan urusetia bagi proses penyediaan dan penghantaran data mengikut format
laporan yang telah ditetapkan secara berkala ke sistem e-anjung MyMohes, KPT. Penghantaran
data bagi maklumat pelajar, staf, institusi dan juga R&D&C tersebut perlu dilaksanakan
sebanyak 2 kali setahun.
9.0 Kajian Kepuasan Pelanggan ke atas Perkhidmatan PTMK
9.1 Pengenalan
Kajian Kepuasan Pelanggan adalah sangat penting untuk memperbaiki dan meningkatkan
mutu perkhidmatan yang disediakan untuk pengguna. Kajian Kepuasan Pelanggan PTMK telah
dibentuk dengan merangka soal selidik, mengedar & mengumpul maklum balas, menganalisa
data dan melaporkan hasil kajian.
Jadual 39: Kekuatan Bahagian Sistem Maklumat Bersepadu dan Pembangunan Aplikasi
Kekuatan Bahagian Sistem Maklumat Bersepadu dan Pembangunan Aplikasi adalah
seperti Jadual 39.
1...,109,110,111,112,113,114,115,116,117,118 120,121,122,123,124,125,126,127,128,129,...143
Powered by FlippingBook