Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 122

121
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
perpustakaan
jeneral tun ibrahim
perpustakaan jeneral tun ibrahim
Perpustakaan Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia (UPNM) telah mencatat lembaran baharu
di dalam perkembangan universiti secara umumnya
apabila Perpustakaan UPNM telah diberi nama
baharu iaitu Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim
(PJTI). Ianya telah dirasmikan pada 15 Disember
2011. Majlis Perasmian Perpustakaan Jeneral Tun
Ibrahim ini telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Seri
Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Menteri Pertahanan
Malaysia. Turut hadir di majlis tersebut adalah
Pengerusi Lembaga Pengarah, Naib Canselor, Ketua
Pustakawan, Pengurusan Tertinggi serta Pegawai-
Pegawai Kanan dan tetamu-tetamu yang lain.
Dianggarkan seramai 400 orang tetamu telah hadir
pada majlis tersebut.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran balu
Allahyarham Jeneral Tun Ibrahim iaitu Toh Puan
Zakiah Binti Ahmad yang ditemani anak-anak dan
ahli keluarga yang lain. Encik Ahmad Bin Ibrahim
iaitu anak ketiga kepada Allahyarham Jeneral
Tun Ibrahim telah menyatakan di dalam ucapan
balas beliau mereka sekeluarga rasa terharu di
atas penghormatan dan penghargaan yang telah
diberikan UPNM setelah menamakan perpustakaan
baharu dengan nama Allahyarham Jeneral Tun
Ibrahim. Malah mereka sekeluarga turut rasa
berbangga apabila nama insan yang mereka
sayangi kini disebut-sebut, diabadikan malah segala
jasa Allahyarham kepada negara begitu dihargai.
Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim (PJTI) yang
dahulunya dikenali sebagai Perpustakaan Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia kini telah memiliki
satu identiti tersendiri selaras dengan misi universiti
yang ingin menjadi universiti pertahanan primier di
dalam kepimpinan dan pembangunan profesional.
Perpustakaan ini dinamakan sempena nama
mantan Panglima Angkatan Tentera ketiga yang
telah berkhidmat selama tujuh tahun sebagai
Panglima Angkatan Tentera, tempoh yang paling
lama pernah dipegang oleh mana-mana Pegawai
Tinggi ATM. Sepanjang tempoh perkhidmatan
Allahyarham Jeneral Tun Ibrahim dalam ATM,
banyak jasa dan sumbangan yang telah diberikan.
Oleh yang demikian, beliau merupakan satu-satunya
Panglima Angkatan Tentera yang dianugerahi
gelaran “Tun” oleh Yang di-Pertuan Agong setakat
ini.
1...,112,113,114,115,116,117,118,119,120,121 123,124,125,126,127,128,129,130,131,132,...143
Powered by FlippingBook