Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 33

32
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
9.0 Pelajar Antarabangsa
Seramai empat (4) orang pelajar antarabangsa sedang melanjutkan pengajian di UPNM seperti Jadual 10.
mahasiswa berkualiti
Bil.
Negara
Bilangan Pelajar
PhD
Sarjana
1
1
-
2
1
-
1
2
Indonesia
Korea
Pakistan
Jumlah
1
2
3
10.0 PEMBANGUNAN PELAJAR SISWAZAH
10.1 Kolokium Siswazah
Kolokium Siswazah telah dilaksanakan sebanyak tiga (3) kali sepanjang tahun 2011. Kolokium
pertama diadakan pada 28 Februari 2011, seterusnya pada 25 Julai 2011 dan untuk kali
ketiga telah diadakan pada 24 Oktober 2011. Setiap pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah
diwajibkan membentangkan kemajuan penyelidikan masing-masing untuk setiap semester.
10.2 Kelas
Research Methodology
Untuk tahun 2011, kelas ‘Research Methodology’ diadakan setiap minggu bagi setiap
semester khas untuk pelajar semester pertama sahaja. Tiga (3) orang pensyarah telah
memberikan komitmen masing-masing dengan memberikan khidmat pengajaran mereka
mengikut bidang pengajian masing-masing. Kelas ini dilaksanakan sebagai satu platform
untuk memberi pendedahan awal dan membantu pelajar-pelajar siswazah memantapkan
kaedah penyelidikan serta kaedah penulisan tesis yang baik dan sempurna.
10.3 Bantuan Kewangan dan Tajaan Pengajian
Mulai Rancangan Malaysia Ke-10, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melancarkan
program MyBrain15 untuk pelajar-pelajar siswazah iaitu program tajaan pembiayaan pengajian
di peringkat pasca ijazah. Program yang ditawarkan ialah MyMaster, MyPhD dan PhD Industri.
Sehingga akhir tahun 2011, seramai sembilan (9) orang pelajar telah menerima tajaan
MyMaster dan seramai empat (4) orang pelajar telah menerima tajaan MyPhD.
Jadual 10: Jumlah Pelajar Antarabangsa
Bil.
Bidang Pengajian
Bilangan Pelajar
PhD
Sarjana
12
5
6
12
7
1
11
5
59
4
5
1
4
4
1
11
2
32
Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Teknologi Pertahanan
Teknologi Maritim
Pengurusan Sumber
Sains Komputer
Jumlah
1
2
3
4
5
6
7
8
8.0 Pelajar Siswazah
Dari masa ke semasa, Pusat Pengajian Siswazah (PPS) giat mengadakan promosi dalam usaha menarik
lebih ramai pelajar melanjutkan pengajian di UPNM. Hasilnya jelas terbukti apabila jumlah pelajar semakin
bertambah pada akhir tahun 2011, seramai 98 orang pelajar siswazah telah mendaftar untuk mengikuti
pengajian peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di UPNM. Walau bagaimanapun, 7 orang pelajar telah menarik
diri daripada pengajian masing-masing. Jumlah pelajar yang aktif mengikuti pengajian mereka sehingga akhir
tahun 2011 adalah seramai 91 orang dan dinyatakan secara terperinci sepertimana Jadual 9.
Jadual 9: Jumlah Pelajar Siswazah
1...,23,24,25,26,27,28,29,30,31,32 34,35,36,37,38,39,40,41,42,43,...143
Powered by FlippingBook