Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 40

39
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
memberikan sumbangan cemerlang kepada universiti dan masyarakat serta mempamerkan kualiti
kepimpinan yang unggul selaras dengan misi dan visi UPNM untuk melahirkan ‘Leaders of Character’.
Penyampaian anugerah yang telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik &
Antarabangsa), Prof. Dr. Raduan bin Che Rose ini mempertandingkan 9 anugerah yang menawarkan
hadiah berupa wang tunai RM1000.00 untuk kategori individu, RM3000.00 untuk kategori kelab dan
RM2000.00 untuk anugerah utama iaitu Anugerah Kepimpinan Mahasiswa Unggul.
Berikut adalah senarai nama pemenang:
Kategori Individu
1) Anugerah Pesona Bintang
:
Mohd Helman bin Hashim
2) Anugerah Mutiara Lestari
:
Mohamad Hudha bin Mohd Mortador
3) Anugerah Waja Bestari
:
Ahmad Sohail bin Uzair
4) Anugerah Permata Iman
:
Muhammad Huzaifah bin Mahmud
5) Anugerah Sentuhan Emas
:
Muhammad Najib bin Mohd Yasin
6) Anugerah Khidmat Murni
:
Mohd Taufiq bin Mohd Nazer
7) Anugerah Khas HEPA (Siswa)
:
Zul Afiq bin Zulkafli
8) Anugerah Khas HEPA (Siswi)
:
Emiylya Elmy binti Mat Deris
9) Anugerah Kepimpinan
:
Wan Azizul Faiz bin Zulkifli
Mahasiswa Unggul
Kategori Kumpulan
1) Anugerah Khas HEPA - Kesatuan Debat UPNM
2) Anugerah Kelab Gemilang - Kelab Gamelan Citra Nusantara
3.6 Program Ihya’ Ramadan UPNM 2011
Sempena kedatangan bulan Ramadhan, Pusat Islam UPNM telah mengadakan Program Ihya
Ramadan UPNM 2011 bermula 1 hingga 26 Ogos 2011 bagi mengajak masyarakat kampus bersama-
sama mengimarahkan bulan Ramadan dengan amal ibadah. Pembuka tirai persediaan menyambut
Ramadan ialah ceramah ‘Ramadan Dekat Di Hati’ pada 28 Julai 2011 yang disampaikan oleh Ustaz
Mohammad Rozie Mohd Rejab dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Tadarus
al-Quran diadakan yang membuka ruang kepada warga UPNM untuk membaca al-Quran dengan
dibimbing oleh naqib masing-masing. Selain itu, Tazkirah Ramadan diadakan setiap minggu oleh
penceramah jemputan sejurus sebelum Solat Jumaat didirikan. Antara penceramah yang dijemput
pada kali ini ialah Ustaz Mohd. Shauqi Othman (Universiti Putra Malaysia), Ustaz Don Daniyal Don
Biyajid (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor), Ustaz Hasnol Abu Bakar (Majlis Sukan Negara)
dan Mej (Ust) Mazli Mohd. Aini (Markas Medan, Kem Sungai Besi). Pada tahun ini juga, Pusat
Islam sekali lagi mendapatkan khidmat imam jemputan al-Hafiz bagi mengimamkan solat tarawih
sepanjang bulan Ramadan di Masjid Al-Jazaari. Majlis Berbuka Puasa serta Sambutan Nuzul Al-Quran
turut diadakan pada 17 Ogos 2011 dengan kehadiran warga UPNM untuk berbuka puasa bersama-
sama Naib Canselor, selain bertadarus dan khatam al-Quran sempena Sambutan Nuzul Al-Quran
di Masjid Al-Jazaari. Majlis khatam yang diketuai oleh Kelab Sahabat Masjid ini melibatkan seramai
kira-kira 300 pelajar.
3.7 Karnival Wanita 1 UPNM
Pada 23-25 September 2011, Sekretariat Wanita 1 UPNM dengan kerjasama Majlis Perwakilan
Pelajar dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPNM telah menganjurkan Karnival Wanita 1
UPNM yang julung-julung kali diadakan di UPNM. Karnival yang bertemakan “Wanita Penggerak
Harapan Negara” ini dimulakan dengan pameran agensi dan pemeriksaan kesihatan bertempat
di Bangunan Bestari. Sebanyak 11 agensi yang mengambil bahagian dalam pameran tersebut
antaranya DBKL, SENADA, PROSTAR, JPW, PDRM, dan ‘Optimax Specialist Centre’ manakala
pemeriksaan kesihatan berkaitan kanser payudara dan pap smear serta ceramah kesihatan
dikendalikan oleh Klinik Ibu dan Anak Kampung Baru, Kuala Lumpur. Aktiviti lain yang dijalankan
adalah Pertandingan Gubahan dan Andaman. Ekspo jualan menyaksikan sebanyak 20 gerai yang
menjual pelbagai jenis makanan dan barangan telah memulakan perniagaan mereka seawal jam
aktiviti dan pencapaian mahasiswa
1...,30,31,32,33,34,35,36,37,38,39 41,42,43,44,45,46,47,48,49,50,...143
Powered by FlippingBook