Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 39

38
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Pertandingan ini diyakini akan dapat memberikan kesedaran kepada anggota masyarakat amnya dan
warga kampus khususnya untuk bersama-sama berganding bahu bagi menjadikan konsep 1Malaysia
ini sebagai satu lagi usaha berterusan dalam melestarikan semangat perpaduan kaum dan agama
yang jitu di negara Malaysia tercinta agar ianya dapat diwarisi oleh generasi kita yang akan datang.
3.3 Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UPNM 2011
Pusat Islam UPNM telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UPNM 1432H pada 4
Mac 2011 bertempat di Masjid Al-Jazaari, UPNM. Acara dimulakan dengan alunan bacaan selawat
ke atas Nabi secara beramai-ramai dan diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul disampaikan
oleh penceramah jemputan, Dato’ Ustaz Md. Daud bin Che Ngah sebelum diakhiri dengan acara
penyampaian hadiah kepada para penerima anugerah khas Maulidur Rasul dari kalangan warga
UPNM yang disampaikan oleh Naib Canselor UPNM, Lt Jen Dato’ Wira Allatif Mohd Noor.
3.4 Pertandingan Pencak Silat Tertutup UPNM
Pusat Sukan dengan kerjasama Kelab Pencak Silat UPNM telah menganjurkan Pertandingan Pencak
Silat Tertutup UPNM pada 11 hingga 13 Mac 2011 di Dewan Pendekar, UPNM. Pertandingan ini
merupakan penganjuran yang julung-julung kali diadakan bertujuan menggalakkan penglibatan
pelajar dalam arena persilatan, sekali gus mencari pelapis-pelapis baru kepada pesilat sedia ada. Ia
juga merupakan persediaan kontinjen UPNM bagi menghadapi Karnival Sukan MASUM 2011.
Seramai 108 orang pesilat lelaki dan wanita telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang
mempertandingkan 2 kategori iaitu Silat Seni dan Silat Olahraga. 3 pesilat terbaik telah diberikan
anugerah khas iaitu:
i) Pesilat Putera Terbaik - Pegawai Kadet Nik Nasron Izzat bin Mat Nasir
ii) Pesilat Puteri Terbaik - Pegawai Kadet Farah Nabila bt. Shahrul Fikri
iii) Pesilat Harapan - Pegawai Kadet Siti Kholijah bt. Hashim
3.5 Anugerah Kepimpinan Mahasiswa 2011
Tarikh 13 Mei 2011 begitu bermakna apabila satu majlis khas diadakan untuk mengiktiraf
mahasiswa UPNM yang telah bergiat aktif dalam kokurikulum dan mempunyai nilai kepimpinan
yang tinggi. Anugerah ini juga adalah sebagai tanda penghargaan kepada mahasiswa yang telah
Anugerah Tokoh Maulidur Rasul (staf lelaki): En. Mohd Anuar bin Mohd Nor
Anugerah Tokoh Maulidur Rasul (staf perempuan): Prof. Dr. Hjh. Fatimah binti Dato Ahmad
Anugerah Tokoh Maulidur Rasul (pelajar lelaki): Pegawai Kadet Mohd Hazwan bin Burhanuddin
Anugerah Tokoh Maulidur Rasul (pelajar perempuan): Habibah binti Omar Buang
Anugerah Tunas Muda: Pegawai Kadet Ahmad Yazid bin Abd Nasir
Anugerah Pasukan Terbaik: Kelab Sahabat Masjid UPNM
Senarai Penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul UPNM 2011:
aktiviti dan pencapaian mahasiswa
1...,29,30,31,32,33,34,35,36,37,38 40,41,42,43,44,45,46,47,48,49,...143
Powered by FlippingBook