Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 41

40
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
8 pagi yang bertempat di hadapan Blok Bestari. Sesi ‘grooming’ yang diberi nama ‘Fun Fabulous
and Gorgeous Slot’ pula berlangsung di Dewan Pendekar. Dalam sesi ini, para peserta diajar cara
menggayakan pakaian, tudung, beg, kasut dan cara bersolek siang dan malam.
Bengkel jahitan manik, kristal dan labuci diadakan dengan kerjasama ‘Nicks Creation’ untuk
memberi peluang kepada pelajar yang tidak dapat mengikuti Bengkel ‘Grooming Session’. Forum
Mihrab Cinta dengan tajuk “Wanita Pembakar Semangat Perwira, Tunjang Perjuangan Syuhada”
yang dipengerusikan oleh Yang Di Pertua MPP UPNM, Pkdt Wan Azizul Faiz b. Zulkifli dan ahli
panelnya ialah Dr. Rubiah bt. K Hamzah, pakar motivasi terkenal dan Ustaz Mohammad Rozie b.
Mohd Rejab dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Karnival turut dimeriahkan
dengan ‘Danzerobic’ dan Karnival Futsal yang dibahagi kepada 3 kategori iaitu kategori lelaki,
kategori wanita dan kategori sekolah.
3.8 Pertandingan Nasyid Convofest UPNM 2011
12 pasukan dari pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk politeknik dan kolej komuniti
di sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Melaka telah menyertai Pertandingan Nasyid
CONVOFEST UPNM 2011 yang diadakan di kampus UPNM pada 2 Oktober 2011. Pertandingan
tahunan bersempena penganjuran CONVOFEST UPNM 2011 ini merupakan kali kedua dianjurkan
oleh Unit Hal Ehwal Islam dan Kelab Kesenian Islam UPNM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni UPNM.
Pertandingan yang bermula jam 9.00 malam di Dataran Wawasan UPNM ini melibatkan penyertaan
dari Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya (2 wakil), Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti
Teknologi MARA Shah Alam, Politeknik Sabak Bernam, Politeknik Merlimau, Kolej Polytech MARA,
Kolej Komuniti Kuala Langat serta pasukan tuan rumah, UPNM (2 wakil). Kumpulan Destiny selaku
juri pertandingan dan artis jemputan telah menobatkan kumpulan CG Putra dan CG Husna dari
Universiti Malaya di tempat pertama dan kedua. Pasukan tuan rumah, In-Voices mendapat tempat
ketiga dengan persembahan menggunakan alat muzik perkusi. Selain itu, pertandingan kali ini juga
menyaksikan penampilan pasukan pelapis pasukan nasyid UPNM, In-Twicee.
3.9 Pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi 1 Malaysia MAKUM 2011
Pada 25-26 November 2011, Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPNM dengan kerjasama Majlis
Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) telah menganjurkan Pertandingan Sayembara
Deklamasi Puisi 1Malaysia MAKUM 2011. Pertandingan yang telah mendapat sambutan
menggalakkan daripada 10 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam ini diadakan adalah sebagai salah
satu medium untuk memberikan pemahaman dan penghayatan mengenai gagasan 1 Malaysia yang
mampu memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum berteraskan nilai-nilai
murni dan prinsip Rukun Negara. Pertandingan yang dijalankan dalam dua sesi ini telah melibatkan
peserta dari Universiti Putra Malaysia, Siti Nurulain Taham sebagai Johan sementara Naib Johan
pula Dayana Hj.Chacho dari Universiti Sultan Zainal Abidin manakala tempat ketiga, Mohd Azree
Mohd Ariffin dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Penyampaian hadiah telah disempurnakan
oleh Datuk Hj. Omar Abd Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia.
3.10 Karnival Kokurikulum Berkredit UPNM Semester 1 Sesi Akademik 2011/ 2012
Unit Kokurikulum Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah berjaya menganjurkan Karnival
Kokurikulum Berkredit Sesi Akademik 2011/2012 buat julung kalinya bertempat di sekitar kampus
pada 16 Disember 2011. Objektif utama karnival ini adalah sebagai platform kepada para jurulatih
kokurikulum berkredit (KKB) untuk membuat penilaian kepada para pelajar di mana kebolehan dan
kemahiran mereka akan diuji secara praktikal dalam mengaplikasikan semua yang telah dipelajari
di dalam kelas kokurikulum berkredit. Para pelajar yang terlibat adalah kesemua yang mengambil
subjek KKB pada semester ini iaitu subjek Apresiasi Muzik Gamelan(QKB 1002), Teater (QKB 1502)
Asas Keusahawanan (QKE 1002), Asas Fotografi (QKI 1002), Asas Kesukarelawanan Kumpulan 1
dan 2 (QKL 1002), Futsal (QKS 1202), Silat Seni (QKS 1302), Ragbi (QKS 1402), Seni Batik Canting
(QKI 1202), Baktisiswa (QKK 1002), dan juga Seni Tari (QKI 1402).
Selain daripada itu, karnival ini adalah sebagai salah satu usaha dalam memberikan peluang dan
pendedahan kepada pelajar menajamkan kebolehan dan skil mereka dalam pengurusan organisasi.
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah persembahan tarian, silat seni, gamelan, teater, klinik
aktiviti dan pencapaian mahasiswa
1...,31,32,33,34,35,36,37,38,39,40 42,43,44,45,46,47,48,49,50,51,...143
Powered by FlippingBook