Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 43

42
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
generasi yang aktif dan kreatif. ‘I’ membawa maksud ‘saya’ manakala SAS pula merupakan
singkatan kepada Sukarelawan Alam Sekitar dengan ‘Siswa Lestari Alam Sekitar’ menjadi moto
kepada program ini.
Seramai 900 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar UPNM, UKM, UPM, UiTM, USIM,
UIAM, Politeknik Shah Alam dan Politeknik Sultan Idris Shah telah memberi komitmen jitu dalam
melaksanakan program ini. Kesemua sukarelawan ini telah berkumpul seawal jam 6.30 pagi dalam
usaha untuk menanam sebanyak 1000 pokok bakau yang mengambil masa selama 2 jam.
Penanaman Pokok Bakau ini adalah satu usaha untuk menyediakan ekosistem yang seimbang
bagi mengelakkan kesan hakisan yang teruk atau kesan daripada panahan ombak yang besar
yang menjejaskan kawasan pesisir pantai. Kepentingan hutan bakau dapat dibahagikan kepada 3
kategori iaitu kepentingan ekologi dan biodiversiti yang menyeimbangkan ekologi sistem persisiran
pantai. Manakala kepentingan fizikal berperanan sebagai pelindung atau benteng untuk melindungi
dan mengurangkan hakisan teruk berlaku. Kategori ketiga ialah kepentingan ekonomi yang dapat
digunakan sebagai sumber pendapatan. Oleh yang demikian, program sukarelawan bertujuan untuk
menyediakan ekosistem yang seimbang bagi mengelakkan kesan hakisan yang teruk atau kesan
daripada panahan ombak yang besar yang menjejaskan kawasan pesisir pantai.
3.14 Khidmat Pasca Banjir di Johor
Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPNM selaku Pengerusi Majlis Sukarelawan Universiti-universiti
Malaysia (MASKUM) telah mengadakan Operasi Khidmat Mahasiswa Pasca Banjir bagi membantu
mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk di negeri Johor. Program yang dijalankan secara 2 fasa
ini melibatkan 2 daerah utama iaitu Segamat dan Pagoh yang melibatkan sukarelawan yang terdiri
daripada kakitangan dan mahasiswa IPTA seluruh negara. Modus operandi bagi operasi ini adalah
melibatkan pembersihan sekolah-sekolah, balai-balai raya, masjid dan juga bantuan dari rumah ke
rumah.
Operasi fasa pertama telah dijalankan pada 5 dan 6 Februari di Segamat yang melibatkan seramai
126 orang sukarelawan daripada 4 buah IPTA iaitu UPNM, UTHM, USIM dan UTM. Manakala bagi
fasa kedua pula telah berlangsung pada 12 dan 13 Februari di daerah pagoh yang menyaksikan
penglibatan sukarelawan yang lebih besar iaitu seramai 770 orang sukarelawan daripada 12 buah
IPTA iaitu UPNM, USM, UPSI, UMK, USIM, UteM, UiTM Shah Alam, Melaka dan Segamat, UIAM,
UTHM, UPM dan UTM.
Turut serta dalam operasi ini adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab.
Rahim Mohd Noor dan Timbalan Naib Canselor (HEPA), Prof. Wan Mahzom Ahmad Shah. Melalui
program ini, jelas menampakkan bahawa semangat kesukarelawan dan kesetiakawanan mahasiswa
mampu diterapkan bagi memastikan modal insan yang berketrampilan dan mempunyai sahsiah
tinggi dapat dihasilkan.
3.15 Kembara Kelab Gamelan Citra Nusantara ke Surakarta, Indonesia
Pada 12 hingga 18 Julai 2011, Kelab Gamelan Citra Nusantara UPNM telah ke Institut Seni
Indonesia (ISI) dan Desa Wirun Mojobalan, Sukoharjo, Surakarta, Indonesia. Dalam program intensif
ini, para pelajar telah mempelajari sejarah dan asal-usul Gamelan Jawa dan juga berkesempatan
memainkan pelbagai lagu menggunakan set Gamelan Jawa di bawah bimbingan 2 orang pensyarah
jurusan Karawitan iaitu Pak Waluyo dan Pak Joko Purwanto.
Ahli-ahli Kelab Gamelan Citra Nusantara juga berpeluang membuat persembahan sempena
Konvokesyen ISI Surakarta. Mereka tampil memukau dengan persembahan selama 60 minit
bergandingan dengan kumpulan gamelan ISI mengalunkan Gamelan Bali. Selain itu, para peserta
juga dapat menyaksikan sendiri proses pembuatan alatan gamelan di kilang yang terletak di rumah
Bapak Panggiyo Resowiguno. Di kilang ini jugalah set gamelan UPNM dihasilkan yang mengambil
masa selama 3 bulan untuk disiapkan.
Nyata dengan program ini, para peserta dapat mendalami keunikan dan kesenian persembahan
gamelan itu sendiri selain dapat mengetahui sejarah dan asal usul seni muzik yang tidak asing lagi
di bumi nusantara.
aktiviti dan pencapaian mahasiswa
1...,33,34,35,36,37,38,39,40,41,42 44,45,46,47,48,49,50,51,52,53,...143
Powered by FlippingBook