Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 62

61
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
fakulti perubatan dan
kesihatan
pertahanan
fakulti perubatan dan kesihatan pertahanan
1.0 Sejarah Penubuhan Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan (FPKP)
Idea penubuhan Fakulti Perubatan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) tercetus daripada
masalah kekurangan doktor yang berlarutan di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Apabila ATMA
telah dinaik taraf menjadi sebuah universiti pada tahun 2006, rancangan untuk menubuhkan sebuah
Fakulti Perubatan telah dimulakan. Pada tahun 2007, satu pasukan petugas ditubuhkan di Bahagian
Perkhidmatan Kesihatan yang di anggotai oleh Mej Jen Prof. Dato’ Dr. Mohd Zin bin Bidin, Lt Kol Dr. Amir
Mukhriz bin Abdul Latiff, Mej Shahidah Leong Abdullah dan Kept Dr. Faizennah Abdullah. Pasukan Petugas
ini telah berbincang dan mula menyediakan dokumen-dokumen bagi penubuhan Fakulti. Beberapa
pembentangan telah dibuat di beberapa peringkat iaitu Jawatankuasa Pengajian, Mesyuarat Senat
Universiti, Lembaga Pengurusan Universiti dan akhirnya di Kementerian Pengajian Tinggi.
Pada 19 Mac 2009, Kementerian Pengajian Tinggi telah meluluskan rancangan untuk menubuhkan
Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan (FPKP) di UPNM. Mej Jen Prof. Dato’ Dr. Mohd Zin bin Bidin
telah dilantik sebagai dekan pertama pada 25 Februari 2010. Ini diikuti dengan lantikan kakitangan
fakulti yang lain iaitu Prof. Dr. Ainsah Omar, Prof Dr Adlina Suleiman, Mejar Shahidah Leong Abdullah dan
Puan Wan Farizatul Shima Wan Ahmad Fakuradzi. Tiga orang pensyarah pelatih juga telah dilantik iaitu
Dr. Mohammad Wisman Abdul Hamid, Dr. Marami Mustapa dan Dr Nur Aishah Che Roos. Encik Janudin
Bakar telah dilantik sebagai Ketua Penolong Pendaftar pertama bagi Fakulti ini. Satu kelebihan FPKP ialah
penubuhan Unit Pendidikan Perubatan yang dinamakan MEQAR (Medical Education Quality Assurance)
yang bertujuan untuk memperkasakan kualiti kurikulum perubatan. Unit ini diterajui oleh Prof. Dr. Edariah
Abu Bakar sehingga sekarang.
Seterusnya kakitangan fakulti yang lain telah dilantik seperti berikut:
a. Mei 2011 - Prof. Madya Dr. Justin Vijay Gnanou
b. Julai 2011
- Prof. Dr. Edariah binti Abu Bakar; Prof. Dr. Aminuddin bin Abdul Hamid Karim; Prof
Dr. Jalaluddin Bin Din Mohd @ Hla Khine; Prof. Dr. Shaik Alaudeen bin Mohd
Moktar dan Prof. Madya Dr. G.M. Kibria
1...,52,53,54,55,56,57,58,59,60,61 63,64,65,66,67,68,69,70,71,72,...143
Powered by FlippingBook