Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 63

62
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Lembaga Pengajian telah bersidang dan meluluskan
kurikulum Ijazah Doktor Perubatan UPNM pada 12
Januari 2010. Senat UPNM pula telah meluluskan
kurikulum ini pada 25 Februari 2010. Seterusnya
kurikulum perubatan dan kemudahan pengajaran
dan pembelajaran FPKP telah diaudit oleh pihak
Agensi Kelayakan Malaysia dan Majlis Perubatan
Malaysia pada 13 Julai 2011. Ahli pasukan audit
tersebut berpuas hati dengan persediaan FPKP dan
meluluskan pengambilan kumpulan pelajar pertama
untuk sesi akademik 2011/2012.
Kumpulan pertama yang terdiri dari 52 orang
pelajar kursus Asasi Perubatan Pertahanan telah
diambil pada 22 Mei 2010. Ini diikuti dengan
kemasukan pelajar kursus Asasi Perubatan
Pertahanan kedua seramai 64 orang pelajar pada
bulan September 2011. Kumpulan pertama pelajar
Tahun 1 Ijazah Doktor Perubatan seramai 47 orang
telah memulakan pengajian mereka pada bulan
September 2011. Mereka telah mengikuti upacara
‘White Coat’ pada 12 September 2011 sebagai tanda
formal permulaan pengajian mereka dalam bidang
perubatan.
FAKULTI PERUBATAN DAN KESIHATAN PERTAHANAN
Bangunan bagi Fakulti Perubatan telah
diubahsuai dari bangunan sedia ada
di kampus UPNM dan menempatkan 2
Makmal Pelbagai Guna, Makmal Anatomi,
Muzium Anatomi, Bilik Seminar dan 4 Bilik
Perbincangan Pembelajaran Berasaskan
Masalah (PBL). Pengubahsuaian bangunan ini
telah menelan belanja sebanyak RM12 juta.
Dana berjumlah RM10 juta telah diperuntukan
oleh KPT bagi perolehan peralatan dan
kelengkapan untuk pengajaran dan
penyelidikan termasuklah spesimen mayat.
Sementara itu, beberapa hospital telah
dicadangkan untuk dijadikan Hospital Pengajar
bagi pelajar perubatan UPNM. Kementerian
Kesihatan telah meluluskan Hospital
Selayang dan Hospital Banting manakala
Majlis Angkatan Tentera telah meluluskan
penggunaan Hospital Angkatan Tentera Tuanku
Mizan, Kuala Lumpur, Hospital Angkatan
Tentera Terendak, Melaka, Hospital Angkatan
Tentera Lumut, Perak dan kesemua Unit
Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia sebagai
kemudahan latihan dan pengajaran perubatan.
FPKP berhasrat melahirkan pegawai perubatan
yang berdisiplin dan bermotivasi tinggi serta
berpengetahuan luas dalam bidang perubatan
ketenteraan. Graduan FPKP dikehendaki
bersedia untuk dikerah melaksanakan tugas
dan peranan mereka dengan berkesan dalam
apa jua keadaan. Rancangan awal FPKP
adalah untuk melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran mengikut Kurikulum Perubatan
Bersepadu (Integrated). Beberapa model
1...,53,54,55,56,57,58,59,60,61,62 64,65,66,67,68,69,70,71,72,73,...143
Powered by FlippingBook